Komitmen dan pencapaian akademik pelajar sekolah-sekolah menengah: satu tinjauan kes di kalangan pelajar tingkatan empat di Daerah Perak Tengah dan Manjung, Perak
Komitmen dan pencapaian akademik pelajar sekolah-sekolah menengah: satu tinjauan kes di kalangan pelajar tingkatan empat di Daerah Perak Tengah dan Manjung, Perak
Type
Thesis
Main Author
Ahmad Termizi Abdul Aziz
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2004
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang berkaitan dengan komitmen dan pencapaian
akademik pelajar-pelajar. Ia juga bertujuan untuk mengkaji hubungan komitmen dan pencapaian
akademik pelajar-pelajar dengan ciri-ciri latar belakang personal, motivasi dan persekitaran
sekolah. Untuk tujuan penyelidikan ini seramai 120 sampel dari 690 pelajar tingkatan 4 telah
dipilih secara rawak berstrata daripada 3 buah sekolah menengah di Daerah Perak Tengah dan 3 buah
sekolah menengah di Daerah Manjung, Perak. Data dikumpul berdasarkan 57 item soal selidik yang
dibina berasaskan 5 Skala Likert. Semua data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS
Version Windows 11.5 dengan kaedah Statistik Deskriptif dan Statistik Inferensi yang melibatkan
Ujian Korelasi Pearson dan Analisis Varians Sehala (ANOVA) bagi menguji hipotesis kajian. Paras
keertian yang digunakan bagi kajian ini ialah 0.05. Hasil dapatan mendapati bahawa majoriti
pelajar adalah dari keluarga yang mempunyai taraf sosio-ekonomi yang sederhana. Tahap pencapaian
akademik pelajar-pelajar adalah cemerlang, mempunyai komitmen yang tinggi dan bermotivasi untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan. Kajian mendapati komitmen pelajar mempunyai
hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik, persekitaran sekolah, matlamat
motivasi dan penglibatan ibu bapa manakala faktor -faktor lain tidak menunjukkan hubungan yang
positif dan syor telah diberikan untuk meningkatkan lagi komitmen untuk mencapai kecemerlangan akademik.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.