UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk meninjau di antara dua gaya kepimpinan iaitu gaya
kepimpinan transformasi dan gaya kepimpinan pengajaran yang dimiliki oleh pengetua
daiam menghadapi sistem persekolahan yang dapat memberikan kepuasan keija di
kalangan guru-guru sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan satu set soalan
kaji selidik yang diterjemahkan telah digunakan bagi mengukur kepuasan keija guru.
Sampel kajian terdiri daripada guru-guru sekolah menengah dalam daerah Kuala Kangsar,
Perak. Angkubah bebas ialah latarbelakang diri seperti jantina, status perkahwinan, umur,
bangsa, taraf pendidikan, jenis sekolah, jawatan, pengalaman mengajar dan opsyen.
Angkubah bersandar pula adalah faktor gaya kepimpinan transtormasi dan gaya
kepimpinan pengajaran. Kajian ini juga turut melihat kepuasan kerja guru-guru terhadap
gaya kepimpinan pengetua di sekolah berkenaan. Alat kajian yang digunakan adalah satu
set soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial
(SPSS). Jumlah sampel kajian yang terdiri daripada guru-guru di daerah Kuala Kangsar
adalah seramai 200 orang. Dapatan dari tinjauan ini ditentukan bagi mengenalpasti gaya
kepimpinan pengetua yang dapat memberikan kepuasan keija kepada guru-guru di
sekolah. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |