UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Munirah Abd Hamid
Title :Amalan Prinsip-Prinsip Organisasi berkualiti di dua buah sekolah menengah harian di daerah Hilir Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2006
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk meninjau pandangan guru terhadap amalan Prinsip-prinsip Organisasi Berkualiti di sekolah. Prinsip-prinsip yang digunakan diambil dari 10 kriteria yang tersenarai di dalam Malcolm Baldrige National Quality Award for Education. Selain itu, kajian juga melihat perbandingan amalan di kedua-dua sekolah kajian. Kajian ini telah dijalankan di dua buah sekolah menengah dalam Daerah Hilir Perak, Perak. Sampel kajian terdiri daripada semua guru di kedua-dua sekolah kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik.Bahagian A mengandungi soalan-soalan berkaitan maklumat am latar belakang responden, manakala Bahagian B bertanyakan tentang tahap kecemerlangan akademik sekolah dan amalan-amalan pengurusan sekolah. Beberapa jenis alat ujian telah digunakan, antaranya analisis frekuensi, crosstabulation, dan ujian-t. Analisis frekuensi digunakan untuk menganalisis maklumat am, manakala crosstabulation digunakan untuk mengkaji sama ada amalan-amalan yang dikaji dalam Prinsip-prinsip Organisasi Berkualiti diamalkan di sekolah kajian.Dapatan daripada crosstabulation menunjukkan hampir kesemua responden mengatakan bahawa Prinsip-prinsip Organisasi Berkualiti diamalkan di sekolah mereka. Ini terbukti melalui hasil kajian yang menunjukkan aras jawapan berada di tahap yang tinggi, iaitu dilaksanakan dan selalu dilaksanakan.Bagi ujian terhadap hipotesis nol (H1), iaitu hubungan antara prestasi akademik sekolah dengan lokasi, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan. Ini menunjukkan bahawa lokasi memainkan peranan penting dalam mencapai prestasi akademik yang tinggi. Ujian-t bagi hipotesis nol H2-H12 pula menunjukkan keputusan yang hampir sama, iaitu semua hipotesis nol yang dibuat hendaklah diterima. Ini menunjukkan tiada perbezaan yang ketara dari segi amalan Prinsip-prinsip Organisasi Berkualiti di kedua-dua buah sekolah.Dapatan hasil kajian ini disokong dengan bahan literature yang berkaitan  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.