Kesan penggunaan modul bacaan ekstensif terhadap kemahiran berfikir pelajar universiti
Type
Thesis
Main Author
Norzalina Noor
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2013
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan modul bacaan ekstensif terhadap kemahiran berfikir pelajar universiti. Kajian ini dibuat kerana lazimnya ia tidak dilaksanakan secara formal dalam Pengajaran dan Pembelajaran serta kelemahan pelajar dalam membuat rujukan. Pengkaji menggunakan reka bentuk eksperimen-kuasi iaitu jenis reka bentuk ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kajian ini melibatkan 69 orang pelajar Universiti Awam iaitu 33 orang pelajar kumpulan kawalan dan 36 orang pelajar kumpulan eksperimen.Pengkaji menggunakan 3 alat instrumen iaitu satu set borang soal selidik, enam set modul yang dirangka bagi enam kali pertemuan selama satu jam setiap kali pertemuan dan satu set ujian bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca. Dalam Pengajaran dan Pembelajaran modul bacaan Ekstensif, pengkaji menggunakan Teori Model Pembelajaran Ausubel dan Teori Model Pengajaran Robert Glaser sebagai kerangka teori yang diubah suai dalam kajian ini. Dapatan kajian yang dianalisis menunjukkan kumpulan kawalan agak cemerlang prestasi pencapaiannya berbanding kumpulan eksperimen sebelum diintervensikan namun kumpulan eksperimen menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang selepas modul bacaan ekstensif diintervensikan dalam bilik kuliah.Kesimpulannya, modul ini diharap dapat memberi satu dimensi baru dengan dua sasaran iaitu amalan pedagogi pengajaran guru dalam bacaan ekstensif untuk dilaksanakan secara formal dan nilai tambah kepada pelajar dalam pembelajaran
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.