UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara stail kepimpinan Guru Besar
dengan tekanan kerja guru. Kajian ini khususnya mengenalpasti korelasi antara stail
kepimpinan dimensi pendayautamaan struktur atau timbang rasa dengan tekanan kerja
guru. Kajian ini juga meninjau perbezaan stail kepimpinan Guru Besar berdasarkan faktor
demograhi seperti jantina, umur, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar. Sejumlah
346 orang guru dari lapan buah sekolah rendah di daerah Kota Bharu, Kelantan menjadi
responden kajian. Alat ukur ‘Leader Behaviour Questionnaire’ (LBDQ) digunakan untuk
mengukur stail kepimpinan dimensi pendayautamaan struktur atau dimensi timbang rasa.
Alat ukur ‘Teacher Job Stress Questionnaire’ (TJSQ) digunakan untuk mengukur enam
faktor tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, kekangan masa, pengiktirafan
professional, kekaburan peranan dan konflik peranan. Sampei kajian dipilih secara rawak
berstrata. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan bantuan perisian komputer melalui
program SPSS PC 11.5 for Windows. Dua jenis statistik digunakan untuk memproses
data. Statistik deskriptif melibatkan pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan
peratusan manakaia statistik inferensi melibatkan Pekali Korelasi Pearson, ANOVA Satu
Hala dan Ujian-t. Aras kesignifikanan p |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |