UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kepentingan penggunaan perisian berasaskan multimedia terhadap kefahaman konsep Pengajaran dan Pembelajaran PSV bagi SJKC adalah kandungan penggunaan perisian berasaskan multimedia yang mempunyai pembelajaran abad ke-21, KBAT, nota teori pendek yang ringkas, menggunakan kombinasi elemen multimedia seperti penggunaan teks, animasi, audio, imej, video dan kawalan pengguna yang menarik dapat membantu memberikan kefahaman jelas, tepat dan tidak membosankan. Guru secara tidak langsung dapat menampilkan sifat profesional dengan kepakaran dan keilmuan agar nampak lebih yakin dan telah bersedia mengajar dalam kelas. Satu kaedah kajian yang digunakan ialah kajian reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research) yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein (2007). Kajian DDR tersebut melibatkan empat fasa komprehensif. Berdasarkan kajian yang dijalankan, penyelidik memperkenalkan penggunaan perisian berasaskan multimedia sebagai bahan bantu belajar bagi guru-guru PSV khususnya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran PSV tahun satu di SJKC. Penggunaan perisian berasaskan multimedia ini membantu guru-guru PSV memahami tajuk PSV dengan jelas serta berasa lebih bersedia dan yakin apabila masuk mengajar. Kesimpulannya, Penggunaan perisian berdasarkan multimedia bukan sahaja sebagai sumber maklumat, tetapi ia juga dapat meningkatkan keaktifan murid dalam proses pembelajaran. Diharapkan bahawa dengan penggunaan perisian tersebut, murid-murid dapat mencapai pencapaian pembelajaran yang lebih baik. Guru merupakan faktor utama kecemerlangan seseorang murid.
Kata Kunci: multimedia, perisian, reka bentuk |
References |
Babbitt, B.C. (2000). Tips For Software selection for Math Instruction. Atas Bachelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling). Fakulti Pengajian Bailey, D.H. (1996). Constructivism and Multimedia: Theory and Application: Innovation and Transformation. Jounal of Instruction Media. 23(2).161-165. Dr. Aminudin Mansor. (Majalah Pendidik: 6 Julai 2017) Elissavet, G. Dan economides, A.A. (2003). An Evaluation Instrument for Hypermedia Courseware. Educational Technology & Society 6 (2) 31-44. Faiza & Zamri. (2017). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Asing Cemerlang Bahasa Mengikut Kemahiran https://utmcdex.utm.my/wp-content/uploads/2014/01/elemenMM.pdf https://www.academia.edu/52691580/Pendekatan_Penyelidikan_Reka_Bentuk_dan_Pembangunan_DDR_Dalam_Pembangunan_Model_Pemikiran_Inventif_Pelajar_Mata_Pelajaran_Reka_Cipta https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2022/01/906433/konsep-pendidikanberasas-video-wajar-diperkayakan https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/1818-pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025 https://www.ukessays.com/essays/media/multimedia-applications-educational-4151.php Jamalluddin Harun & Zaidatun Tasir. (2000). Pengenalan kepada multimedia. Kuala Lumpur: Venton Publishing. Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir. (1999). Rekabentuk Perisian Multimedia. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure Komalasari, K., & Rahmat. (2019). Living Values Based Interactive Multimedia in Civic Education Learning. International Journal of Instruction, 12(1), 113-126. KPM (2018) Muhammad Zaffwan Idris. (2021). Multimedia Applications for Educational Purposes Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2013-2025). Reiser, R.A. & Dick, W. (1996). Instructional Planning: A Guide for Teachers. Boston: Allen and Bacon. Richey, R. C., & Klein, J. (2007). https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ989018.pdf The importance of the use of Multimedia-Based Software on the understanding of the PSV PdP concept for SJKC Richey, R. C., & Klein, J. (2007). Design and Development Research: Methods, Strategies, and Issues. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers. Richey, R. C., & Klein, J. (2007).https://www.semanticscholar.org/paper/Design-and-Development-Research%3A-Methods%2C-and-Richey Klein/332ce47982c42e1255d611ce9042a028150a4358. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |