UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :G Geography (General)
Main Author :Roslaini Abdul Wahab
Additional Authors :Nordin Sakke
Adi Jafar
Noricikeyonn Samuni
Title :Keupayaan penuaian hujan sebagai sumber bekalan air domestik di Cameron Highlands, Pahang
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2023
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kertas ini membincangkan isu berkaitan tekanan terhadap sumber air di samping masalah sumber air bersih yang sering kali tercemar. Kajian yang dilaksanakan meneliti sumber bekalan air bersih di Daerah Cameron Highlands yang dijangkakan akan berkurangan akibat gangguan terhadap kawasan tadahan hujan yang digantikan dengan kawasan pertanian yang meningkat dengan cepat. Peningkatan enapan tanih dan bahan organik (baja dan racun) yang mencemarkan sumber air sungai yang menjadi punca bekalan air bersih bagi kegunaan penduduk terus membimbangkan. Penggunaan sistem penuaian hujan boleh dijalankan sebagai langkah mengatasi masalah ini. Penuaian hujan adalah kaedah yang dijalankan bagi pengumpulan air hujan daripada permukaan binaan seperti atap rumah atau lereng bukit masuk ke dalam tempat simpanan. Air hujan yang dikumpul dapat digunakan bagi tujuan domestik, pertanian, perindustrian dan sebagainya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu sesi temubual untuk mendapatkan data kajian dengan lebih mendalam. Justeru itu, data hujan bulanan bagi Cameron Highlands dianalisis untuk mengenal pasti trend hujan jangka masa panjang dalam menentukan kuantiti dan variasi hujan di kawasan kajian. Penelitian terhadap sumber air awam juga memberikan pengaruh kepada dapatan kajian ini. Penemuan awal kajian yang dilaksanakan pada tahun 2013 mendapati sebanyak 459,144 mˢ kuantiti bekalan air bersih telah disalurkan kepada 9597 buah akaun pengguna dalam tempoh satu bulan. Sementara itu, nilai purata hujan tahunan kawasan ini adalah tidak memperlihatkan perbezaan yang ketara dengan purata hujan tahunan Malaysia iaitu 2400 mm. Sistem penuaian hujan boleh digunakan oleh penduduk di Cameron Highlands berikutan purata hujan bulanannya yang mencukupi untuk melaksanakan penuaian hujan. Berdasarkan model pengiraan yang dikeluarkan oleh NAHRIM, nilai kebolehpercayaan penuaian hujan adalah 1660m³ bagi sesebuah rumah. Oleh itu, kajian ini meneliti potensi penuaian hujan sebagai penggantian kepada kebergantungan masyarakat terhadap penggunaan sumber air bersih dalam kehidupan seharian dalam jangka masa panjang. Hasil kajian mendapati, jumlah hujan yang turun di kawasan kajian adalah mencukupi untuk kegunaan masyarakat namun hanya mampu disarankan sebagai kegunaan luaran sahaja. Kata Kunci: Sumber air, penuaian hujan, enapan tanih

References

Ahmad, J. S. (2010). Opportunities in Rainwater Experience in Water Harvesting. Sri Kembangan, National Hydraulic Research Institute of Malaysia.

Boers, Th. M., Ben-Asher J. (1982). A Review of Rainwater Harvesting. Amsterdam. Agricultural Water Management, 5(1982), 145-158.

Christina, M., Mariana, H., Hardienata, H., Mayditia, H., Azis, M., & Ita, Y. (2000). Perancangan Sistem Pengolahan Air Hujan Dengan Mengunakan Teknologi Membrane Dan Lampu Ultraviolet Serta Penerapannya Dalam Kehidupan Sehari-Hari.Indonesia, Institut Pertanian Bogor.

Global Water Partnership Caribbean. (2009). A handbook on rainwater harvesting in the Caribbean. Europe, The Caribbean Environment Health Institute.

Jabatan Meteorologi Malaysia. (2013). Laporan Hujan Bulanan Cameron Highlands. Petaling Jaya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Jabatan Pengairan dan Saliran. (2010). Rainwater Harvesting- JPS Experience. Selangor, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Krishna, H. J.(2005). The Texas Manual on Rainwater Harvesting.America, Texas Water Development Board.

Sulong, M., Mohd Ekhwan, T., Kadaruddin, A., Mokhtar, J. (2005). Sungai dan Pembangunan: Tebingan Sungai Bandar Malaysia.Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Thamer, A. M., Megat Johari, M. M. N., Abdul Halim, G. (2010). Study On Potential Uses of Rainwater Harvesting In Urban Areas.Serdang, Universiti Putra Malaysia.

Tjia, H.D. (1987). Geomorfologi. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Owusu, S., & Asante, R. (2020). Rainwater harvesting and primary uses among rural communities in Ghana. Journal of Water Sanitation and Hygiene for Development, 10(3), 502–511. https://doi.org/10.2166/washdev.2020.059

Xia, J., Wang, Z.G., Tan, G. (2004). The Renewability of Water Resources and Its Quantification in The Yellow River Basin, China. Hydological Processes. 18(12), 2327-2336.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.