UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :HV Social pathology. Social and public welfare
Main Author :Kirin, Arwansyah
Additional Authors :Kurniawan,Cecep Soleh
Title :Kejadian buli siber dalam kalangan pelajar UTHM dan implikasi terhadap kemurungan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2023
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Buli siber dan kemurungan merupakan gejala-gejala yang dihadapi oleh segelintir orang terutama dalam kalangan pelajar. Buli siber (cyberbully) adalah tindakan negatif yang dilakukan oleh seseorang atau kelompok tertentu secara memuatnaikkan gambar dan video ke akaun media sosial seseorang dengan bertujuan menyindir, menghina individu. Selain itu, kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang merasa sedih dalam tempoh yang panjang, keletihan, cepat marah dan juga hilang minat dalam aktiviti harian. Jumlah kes jenayah siber telah meningkat kepada lebih 20,000 kes pada tahun 2021 manakala kemurungan diklasifikasikan sebagai gangguan psikologi yang mempunyai frekuensi keberlakuan yang paling tinggi di dunia. Masalah tersebut menyumbangkan pelbagai impak negatif dengan mempengaruhi kesihatan seseorang dari segi mental dan fizikal. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kejadian buli siber dan implikasinya terhadap kemurungan dalam kalangan pelajar UTHM. Sampel kajian ini terdiri daripada 303 orang pelajar UTHM dan dianalisis secara deskriptif dan Chi-Square. Kajian ini mendapati bahawa kejadian buli siber dalam kalangan pelajar UTHM adalah pada tahap yang rendah dan tidak pernah iaitu dengan nilai min 1.65. Manakala tahap kemurungan pula hanya terjadi kadangkala iaitu dengan nilai min 2.59. Seterusnya, tindakan pelajar untuk mengatasi kemurungan mendapat jumlah min 3.82, hal ini membuktikan bahawa pelajar UTHM mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mengatasi kemurungan yang dialami. Terdapat hubungan antara siber buli dengan kemurungan dengan nilai p = 0.0003 dan nilai OR= 0.497 ertinya walaupun terdapat hubungan antara buli siber dan kemurungan namun peluang kemurungan yang dialami oleh pelajar UTHM disebabkan buli siber adalah rendah dan sedikit berbanding punca lain. Oleh itu, kajian ini diharap dapat memberi sumbangan bermakna kepada perkembangan literatur dan ilmu pengetahuan terhadap penyelidik terutama kalangan pelajar.

References

Abaido, G. M. (2019). Cyberbullying on social media platforms among university students in the United Arab Emirates. International Journal of Adolescence and Youth, 25(1), 1–14. https://doi.org/10.1080/02673843.2019.1669059 

Abdullah Sani, A.S (2022). Keratan akhbar pilihan: Jenayah siber meningkat kepada 20,000 pada 2021. Retrieved : December 26, 2022. From : https://www.rmp.gov.my/news-detail/2022/03/29/keratan-akhbar-pilihan-jenayah-siber-meningkat-kepada-20-000-pada-2021---mdn 

Ab Razak, H., Abidin, L. Z., & Sallam, A. M. S. (2022). Pendekatan Psikoterapi Islam dalam Merawat Kemurungan Wanita Muslimah. Jurnal Pengajian Islam, 83–59. http://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/187

Aini, K., & Apriana, R. (2019). DampakCyberbullying Terhadap Depresi Pada Mahasiswa Prodi Ners. Jurnal Keperawatan Jiwa, 6(2), 91. https://doi.org/10.26714/jkj.6.2.2018.91-9. 

Ahmad Nazri, M. Q. N.-R., & Wan Sulaiman, W. S. (2021). Hubungan di Antara Gaya Perapatan, Orientasi Keagamaan dan Kemurungan di Kalangan Pelajar IPT. Jurnal Wacana Sarjana, 5(4), 1–15. https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/427 

Arató, N., Zsidó, A. N., Rivnyák, A., Péley, B., & Lábadi, B. (2021). Risk and Protective Factors in Cyberbullying: the Role of Family, Social Support and Emotion Regulation. International Journal of Bullying Prevention. https://doi.org/10.1007/s42380-021-00097-4 

Asmin, A. (2022). Kes jenayah siber meningkat sekali ganda tahun lalu. Retrieved : December 26, 2022, From: https://www.sinarharian.com.my/article/215887/berita/nasional/kes-jenayah-siber-meningkat-sekali-ganda-tahun-lalu 

Awang, S. binti C., & Alavi, K. (2019). Cyber Bully: Emotional Impact among UKM students. Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate Research, 1(4), 83–94. https://doi.org/10.46754/UMTJUR.V1I4.95 

Ayub, A. K. bin M. (2022). Buli Siber : Malaysia Kedua Tertinggi di Asia. Retrieved : December 26, 2022, from: https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2022/03/15/4866.

Aziz, A. R. B. A., Kasmani, M. F. Bin, & Razak, N. H. B. A. (2021). Implikasi Ketagihan Media Sosial Terhadap Kesihatan Mental Remaja Semasa Pandemik Covid-19. Journal of Social Sciences and Humanities, 18(8). http://journalarticle.ukm.my/19000/1/51790-169781-1-SM.pdf 

Che Awang, S., & Alavi, K. (2020). Buli Siber: Impak Emosi Dalam Kalangan Pelajar UKM. Jurnal Wacana Sarjana, 4(5), 1–9. https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/364 

Faisal , M. A. (2022). Kes Buli Siber Bukti Masyarakat Hilang Adab. Retrieved : December 26, 2022, From: https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2022/08/984147/kes-buli-siber-bukti-masyarakat-hilang-adab. 

Grigg, D. W. (2010). Cyber-Aggression: Definition and Concept of Cyberbullying. Australian Journal of Guidance and Counselling, 20(2), 143–156. https://doi.org/10.1375/ajgc.20.2.143 

Jidin R. (2013). Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 : Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah. From Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Karsodikromo, Y., Hussin, M. R., & Razali, A. R. (2022). Implikasi Buli Siber, Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan terhadap Pencapaian Akademik Murid. Journal of Humanities and Social Sciences, 4(3), 129–139. https://doi.org/10.36079/LAMINTANG.JHASS-0403.439

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Sctivities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610. 

MacMahon, J., O’Sullivan, M., Murphy, C., Ryan, L., & MacCurtain, S. (2018). Speaking Up Or Staying Silent In Bullying Situations: The Significance Of Management Control. Industrial Relations Journal, 49(5-6), 473–491. https://doi.org/10.1111/irj.12230 Maurya, C., Muhammad, T., Dhillon, P., & Maurya, P. (2022). The Effects of Cyberbullying Victimization on Depression And Suicidal Ideation Among Adolescents And Young Adults: A Three Year Cohort Study From India. From BMC Psychiatry, 22(1). https://doi.org/10.1186/s12888-022-04238-x 

Mustafa Z. (n.d.). Kemurungan. From Ministry of Health (MOH). Retrieved : December 26, 2022, from:https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Mental/Kemurungan_-_Apa_Yang_Anda_Perlu_Tahu.pdf 

Noh, C. H. C., & Ibrahim, M. Y. (2014). Kajian Penerokaan Buli Siber Dalam Kalangan Pelajar UMT. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 134, 323–329. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.04.255

Prihatiningsih, W. (2017). Motif Penggunaan Media Sosial Instagram Di Kalangan Remaja. Journal of Communication, 8(1), 51. https://doi.org/10.36080/comm.v8i1.651 

Randle, J. (2003). Bullying in the Nursing Profession. Journal of Advanced Nursing, 43(4), 395–401. https://doi.org/10.1046/j.1365-2648.2003.02728.x 

Riswanto, D., & Marsinun, R. (2020). Perilaku Cyberbullying Remaja di Media Sosial. Analitika, 12(2), 98–111. https://doi.org/10.31289/analitika.v12i2.3704 

Runcan, P. L. (2012). Elderly Institutionalization And Depression. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 33, 109–113. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.01.093 

Safe, S. N., & Mohd Nor, A. Y. (2016). Pengurusan Stres Menurut Al-Quran dan Hadith. Al-Hikmah, 8(1). https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/150 Sitepu, Y. S. (2017). Persepsi Mahasiswa Fisip Universitas Sumatera Utara Mengenai Netiket Di Dunia Maya. Social Polites, 15(1), 85–104. https://doi.org/10.33541/sp.v15i1.443 

Suhaniya, K., & Mohamad Fauzi, S. (2019). Kawalan Ibu Bapa terhadap Anak-Anak dalam Penggunaan Media Sosial. Akademika, 89(1), 111–124. https://doi.org/https://doi.org/10.17576/akad-2019-8901-09

Taqillah, N. (2021). Pengaruh Cyberbullying Terhadap Depresi Pada Remaja di SMAN 2 Lubuk Linggau, Skripsi, Fakultas Kedokteran Universitas Sriwijaya, Palembang

 

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.