UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Siti Khadijah Ishak
Title :Kaedah pengajaran guru Kelas Al Quran Fardu Ain di negeri Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2023
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tahap pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) boleh dipersoalkan kerana masih di tahap yang minima antaranya dalam aspek bahan bantu mengajar (BBM), perlaksanaan strategi, kaedah pengajaran, amalan pengajaran, dan profesionalisme. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah pengajaran guru KAFA terhadap pelajar-pelajar sekolah agama rakyat di Perak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan pensampelan kuantitatif untuk 160 orang guru sekolah agama rakyat daerah Muallim dan Batang Padang di negeri Perak. Instrumen soal selidik dibina oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh tiga (3) orang panel pakar bidang. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi semua bahagian dalam soal selidik adalah tinggi iaitu 0.978. Tiga aspek yang dikaji berkaitan kaedah pengajaran guru iaitu jantina, tahap pendidikan, dan pengurusan pengajaran. Manakala, tiga aspek yang dikaji berkaitan pengurusan pengajaran adalah jantina, tahap pendidikan, dan hubungan antara kaedah pengajaran. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan,peratuan, nilai skor min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan tiga (3) konstruk dalam kaedah pengajaran guru KAFA yang mendapat nilai tertinggi adalah peniruan (Muhakah atau Taklid) dengan nilai min =62.69; s.p=6.76. Kedua tertinggi adalah pandang dengar (Talqin) dengan nilai min =61.81; s.p=7.81. Ketiga tertinggi adalah percubaan (Al-Tajribah) dengan nilai min =60.27; s.p=7.17. Selanjutnya nilai terendah pula adalah pengajaran secara berperingkat dan beransur-ansur (Tadrij) dengan nilai min =48.36; s.p=6.00. Manakala, daripada bagi kategori pengurusan pengajaran, terdapat tiga (3) konstruk yang memperolehi nilai tertinggi iaitu persediaan rancangan kerja dengan nilai min =43.66; s.p=4.73. Kedua tertinggi adalah rancangan dan pelaksanaan pelajaran dengan nilai min =43.23; s.p=4.82. Ketiga tertinggi adalah kaedah penilaian pengajaran dan pembelajaran dengan nilai min =43.09; s.p=4.80. Nilai terendah pula adalah sumber pengajaran dan pembelajaran dengan nilai min =39.48; s.p=6.14. Implikasi kajian ini menunjukkan guru perlu memilih pendekatan yang bersesuaian dengan topik dan konsep pengajaran dan pembelajaran serta profesionalisme guru perlu dimantapkan lagi melalui kursus latihan yang berkala dan berfokus.

References

Azhar Bin Muhammad. (2007). Tahap Profesionalisme Guru-guru Pelatih  Pendidikan Islam dalam Latihan Praktikum. Pusat Pengajian Islam dan  Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia     

Azizi Yahaya & Chu Siew Pang. (2010). Kaedah Pengajaran Guru dalam Penggunaan  Alatan Tangan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.                                 

Bani Hidayat Mohd Shafie & Nor Hayati Fatmi Talib. (2018). Pengajaran dan  Pembelajaran pendidikan Islam guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)  zon Sabah dan Sarawak. Institusi Pendidikan Guru. 

Bani Hidayat Mohd Shafie. (2016). Persepsi Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain  (KAFA) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Institusi  Pendidikan Guru. 

Hafizul Rasdi, Abdul Razak Abdul Kadir, Huzaimah Ismail & Fatimah Hamrie. (2013).   Kekuatan Pendidikan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di bahagian  Betong, Sarawak. 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2011). Garis Panduan Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA). Putrajaya : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 

Jamaliah binti Abdul Jalil, Mohd Isa Hamzah, & Maimun Aqsha Lubis. (2017). Tahap   Pengetahuan dan Amalan Fardhu Ain Anak-anak Muallaf Sekolah Menengah  di Bahagian Sri Aman, Sarawak. UKM Bangi. 

(KAFA) Peringkat Bahagian Beton. (Projek Sarjana). Kuala Lumpur : Open University Malaysia. 

Jaslinah Binti Makanta. (2012). Sebuah Perkembangan Kemahiran Sosial Kanak- Kanak Melalui Bermain: Satu Kajian Kes di Sebuah Prasekolah. Fakulti  Pendidikan Dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan ldris. 

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Panduan Perlaksanaan Amali Pendidikan  Islam. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian  Kualitatif, Universiti Teknologi Malaysia. 

Kamarul Azmi Jasmi. (2013). Sejarah, Kaedah, Serta Model Pengajaran Dan  Pembelajaran Al- Quran, Universiti Teknologi Malaysia. 

Mohd Aderi Che Noh. (2017). Laporan Kajian Profesionalisme Guru Kelas Al-quran  dan Fardhu Ain (KAFA). Faculty of Human Science. Universiti Pendidikan  Sultan Idris Shah. 

Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip. (2014). Faktor, Kesan dan Strategi  Menangani Permasalahan Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah di  dalam Kelas: Suatu Kajian Kualitatif. Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan  Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Mohd Huzairi bin Awang @ Husain. (2019). Kaedah Pengajaran Fardu Ain kepada  Murid Berkeperluan Khas. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam,  Bangi, Selangor. 

Mohd Nahi Bin Abdullah. (2018). Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran Berkesan  dalam kalangan Guru Pendidikan Islam. Falkuti Tamadun Islam Universiti  Teknologi Malaysia.  

Muhammad Yusri Yusof Salleh. (2017). Pandangan Ibnu Khaldun Berkaitan Kaedah     Pendidikan Dalam Kitab Mukaddimah. Universiti Teknologi Mara Cawangan  Perak. 

Muhammad Zaid Bin Shamshul Kamar & Mohamad Redha Bin Mohamad. (2018).  Sejarah Penurunan Al-Quran : Implikasi Terhadap Manusia. Fakulti Pengajian  Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 

Mukhlas Nugraha. (2017). Konsep Ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah dan  Kepentingan Amalannya dalam Kurikulum Pendidikan Islam. TAFHIM: IKIM  Journal of Islam and the Contemporary World 10.  

Noraini Mohamad. (2018). Pendekatan Dakwah dalam Kaedah Pengajaran kepada  Mualaf. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 

Noor Lela Ahmad & Nur Afrina Haziqah Azman. (2020). Tahap Amalan Pengajaran  Berkesan Guru Prinsip Perakaunan Berasaskan Model Slavin. Fakulti  Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris.                                             

Nor Dalilah Binti Mohd Baharuddin & Mohd Hasbie Al-Shiddieque Bin Hamad.  (2018). Metode Pembelajaran Awal Al-Quran di Malaysia. Kolej Universiti  Islam Antarabangsa Malaysia. 

Nor Hayati Fatmi Talib. (2018). Tentang Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran  Pendidikan Islam Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Politeknik  Banting Selangor. 

Normiati Batjo & Abdul Said Ambotang. (2021). Pengaruh Pengurusan Pengajaran  dan Pembelajaran Terhadap Kualiti Guru Sekolah Rendah Luar Bandar di  Sabah. Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah. 

Norshafinaz Abdul Sani & Faridah Yunus. (2018). Amalan Perancangan, Pelaksanaan  dan Pentaksiran dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pranumerasi di  Tadika Swasta. Jabatan Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Fakulti  Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.       

Raedah binti Md Amin. (2013). Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah  Rendah Kebangsaan  di Zon Bandar Daerah Kota Tinggi. Fakulti Pendidikan  Universiti Teknologi Malaysia.      

Ruzaimah Zainol Abidin, Azman Md Zain & Mohd Hilmi Hamzah. (2017).  Permasalahan dalam Perlaksanaan Program Kelas al-Quran dan Fardu Ain  (KAFA) di Daerah Pendang Kedah. Global Academic Excelent. 

Sharifah Norshah Bani Syed Bidin. (2011). Pelaksanaan Manhaj Rasulullah dalam  Pengajaran dan Pembelajaran Kelas al-Quran Bagi Golongan Dewasa. Jurnal  Islam dan Masyarakat Kontemporari. 

Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Mohd Shafiee Hamzah, Tasnim Abd Rahman,  Asimah, Kamaruddin & Nik Azeah Nik Azman. (2018). Kaedah Pengajaran  dan Pembelajaran Al-Quran: Kajian di Masjid UNISZA. Pusat Pengajian al- Quran dan al-Sunnah. Fakulti Pengajian Kontemporari Islam. Universiti Sultan  Zainal Abidin. 

Siti Afifah Munirah Binti Salleh & Wan Nasyrudin Bin Wan Abdullah. (2014).  Pengaplikasian Manhaj Rasulullah S.A.W dalam Proses Pengajaran dan  Pembelajaran bagi Program Pengajian Tahfiz Al-Quran di Penjara Pengkalan  Chepa Kelantan. Jabatan Pengajian al-Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian  Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Syahrul Faizaz Abdullah, Ssuna Salim & Mohd Akram. (2018). Pelaksanaan Kelas  Pengajian Asas Fardhu Ain kepada Muallaf di Kedah dan Cabarannya. Global  Academic Excelent. 

Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf & Abdul Fatah Shaharudin. (2012). Pendidikan  Menurut Al-Quran dan Sunnah serta Peranannya dalam Memperkasakan  Tamadun Ummah. Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Zaki bin Ismail. (2017). Amalan Pengajaran Bidang Ibadah dalam Kalangan Guru   Pendidikan Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Negeri Perak. Universiti  Pendidikan Sultan Idris Shah. 

Zuhaila binti Ismail. (2015). Kesan Pembelajaran yang Menyeronokkan terhadap  Kesediaan Belajar dalam kalangan Kanak-Kanak PraSekolah. Universiti  Pendidikan Sultan Idris Shah. 

 

 

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.