UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan pintas jawi dalam membantu murid pemulihan tahun dua mengenali huruf jawi

AVAILABLE Article 363 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Keberkesanan pintas jawi dalam membantu murid pemulihan tahun dua mengenali huruf jawi
Type
Article
Main Author
Razilah Mohd Ramli
Additional Authors
  • Azhar Wahid
  • Husna Husin
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2023
Degree Type
Not related
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Tulisan Jawi merupakan satu lambang kepada ketamadunan Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tulisan Jawi tidak asing bagi masyarakat Melayu kerana ia mempunyai identiti dan menjadi alat perantaraan surat ketika itu. Tulisan ini diambil daripada tulisan Arab dan ditambah dengan enam huruf Jawi bagi memudahkan bacaan. Namun begitu, sejak kebelakangan ini tulisan Jawi seakan dipinggirkan oleh masyarakat Melayu atas faktor pengenalan huruf rumi. Pada masa kini, ramai murid tidak mahir membaca mahupun menulis dalam tulisan Jawi. Disebabkan perkara tersebut, kajian ini dijalankan dalam kalangan murid pemulihan yang bersekolah di sebuah sekolah di kawasan Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Seramai 20 orang murid dari tahun dua diambil sebagai responden. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keupayaan bacaan dan penulisan Jawi dalam kalangan murid pemulihan tahun dua dan mengaplikasikan satu kaedah untuk mengatasi kelemahan murid dalam menguasai bacaan dan tulisan Jawi iaitu dengan menggunakan kaedah pintas Jawi. Pintas Jawi digunakan untuk murid menyebut huruf Jawi tunggal, huruf Jawi yang sama bentuk tetapi berlainan sebutan, membentuk huruf-huruf Jawi dari doh sekiranya mereka tidak menguasai bacaan dan tulisan, maka mereka boleh menggunakan doh seterusnya murid akan ingat huruf dan dapat menulisnya dengan baik. Pengkaji menggunakan teori kognitif dalam kajian ini. Kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Science Version 20 (SPSS 20). Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang melibatkan observasi dan analisis data kajian. Kajian ini diharap dapat memberi impak yang positif kepada semua pihak terutamanya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menangani masalah penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah. Kata Kunci: Pintas Jawi, Tulisan Jawi, Teori Kognitif

References

Ab Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul Rahim & Khadijah Abd Razak. (2004). Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Projek Penyelidikan GG02/4. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amat Juhari Moain. (1992). Sejarah Tulisan Jawi. Jurnal Bahasa, 35(11), 101-1012.

Amat Juhari Moin. (1996). Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Esah Sulaiman. (2003). Amalan profesionalisme perguruan. Universiti Teknologi Malaysia.

Gay, L., & Airasian, P. (2003). Educational Research: Competencies for Analysis and Application (7th ed.). Pearson International Edition.

Muhammad Endut. (1992). Pendidikan Islam KBSM: Satu kajian tentang masalah pengajaran di sekolah-sekolah di negeri Johor Darul Takzim. Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Majid Konting. (2004). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Najib, A. G. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Sarin Talib. (1995). Persepsi Guru Pendidikan Islam di Negeri Selangor Terhadap Mutu Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1 (KBSM). Disertasi M.Ed., Universiti Malaya.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.