UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :M Music
Main Author :Ainaa Syafiqah Abdul Rahman
Additional Authors :Mohd. Nizam Nasrifan
Title :Perwarisan budaya melalui aktiviti kokurikulum di sekolah: ensembel muzik Tumbuk Kalang Negeri Sembilan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2023
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Ensembel muzik Tumbuk Kalang ialah sebuah genre muzik tradisional Melayu yang memiliki latar belakang sejarah dan corak persembahan yang tersendiri. Penyelidikan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memartabatkan ensembel muzik Tumbuk Kalang yang telah menjadi warisan bagi bangsa Melayu di Negeri Sembilan. Ia sebagai sebuah bentuk kebudayaan yang dipelajari oleh masyarakat Melayu Negeri Sembilan daripada generasi ke generasi secara informal atau non-formal. Ia telah mula tenggelam akibat pelbagai perubahan perilaku masyarakat yang berlaku mengikut perkembangan zaman. Oleh hal yang demikian, penyelidikan ini merupakan satu kerangka yang telah meneliti aspek-aspek teknik dan estetik ensembel muzik Tumbuk Kalang dan distrukturkan dengan ilmu pendidikan muzik sehingga dibangunkan bahan multimedia interaktif yang dapat digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah semasa aktiviti kokurikulum. Penyelidikan ini melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan soal selidik dan teknik temu bual separa berstruktur untuk pengumpulan data yang selanjutnya diolah dengan mengimplementasikan kaedah deskriptif-analisis. Sebuah produk bahan pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif ensembel muzik Tumbuk Kalang dihasilkan dan telah dinilai kesesuaiannya untuk digunakan dalam aktiviti kokurikulum. Sampel kajian terdiri daripada dua orang guru muzik dan lapan orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah, Seremban. Dapatan kajian melalui maklum balas guru dan pelajar menunjukkan bahawa bahan pengajaran dan pembelajaran ini telah menunjukkan tahap kebolehgunaan dan kesesuaian yang tinggi sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran ensembel muzik Tumbuk Kalang Negeri Sembilan di sekolah. Kata kunci: Tumbuk Kalang, Budaya muzikal, Warisan, Multimedia interaktif, Pendidikan informal, Pendidikan non-formal

References

Abd Samad, N., Wan Ahmad, W. M. R., Harun, H., Amiruddin, M. H., Hashim, S., & Ja’apar, F. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (Smk) Daerah Pontian. Diperoleh pada 25 Mei 2018 daripada https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4808

Hiddink, G. W. (2001). Educational Multimedia Databases: past and. Netherland: University of Twente Press.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Lee Jun Choi. (2004). Kesan Penggunaan Multimedia Interaktif terhadap Pembelajaran Matematik: Kajian di Sekolah Bestari Terpilih di Kuching, Sarawak. Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.

Maniates, M. (2010). State of the world: Transforming cultures, from consumerism to sustainability. Worldwatch Institute, New York: W. W. Norton.

Mohamad Dadang Soleh. (2016). Dinamisasi Saung Angklung Udio sebagai Pusat Pendidikan, Pelancongan dan Pembuatan Alat Muzik di Bandung Indonesia. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd. Nizam Nasrifan, & Zaharul Lailiddin Saidon. (2017). Developing and testing a self-learned interactive multimedia courseware for music aural lesson. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(9), 363-371

Noor Azlan dan Nurdalina. (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih UTM yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Diperoleh pada 1 Disember 2018 daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/10261/2/Nurdalina_binti_Daud.pdf

Nor Azura Bakar. (2014). Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Samsuri. (2014). Panduan Memainkan Muzik Iringan Tarian Tradisional Aceh Tarian Ranup Lam Puan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Shahril. (2011). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Aural dan Nyanyian Semerta 1 untuk Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Opsyen Muzik di Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Shamsir Alam. (2005). Penggunaan Koswer Multimedia sebagai Bahan Bantuan Mengajar (BBM) dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Muzik Asas Caklempong bagi Pelajar Tingkatan Dua di Sebuah Sekolah di Seremban. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tengku Ritawati Dachlan. (2016). Pembangunan Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran Lagu Melayu Asli untuk Institusi Formal. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.