UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Penamaan kayu di Malaysia adalah menggunakan kata nama am dan bukannya kata nama khas. Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak penerbitan baharu yang tidak menerapkan kaedah ejaan terkini dalam penulisan berkaitan nama-nama kayu. Untuk menyeragamkan penamaan kayu serta kaedah-kaedah ejaannya dalam penerbitan rasmi, semakan tatabahasa telah dijalankan ke atas nama-nama kayu di Malaysia berpandukan kepada kaedah terkini penulisan Bahasa Melayu. Sejumlah 225 nama-nama kayu yang terdiri daripada pelbagai spesies pokok tempatan dan eksotik telah disemak. Daripada jumlah tersebut, 52 nama-nama kayu telah dipinda, sama ada dari segi penamaan atau ejaan. Sebanyak tujuh nama kayu dipinda kerana masih menggunakan huruf konsonan -ch, hasil daripada penggunaan kaedah ejaan Rumi lama yang diamalkan sebelum tahun 1972. Sebanyak 28 nama kayu lain telah dipinda berdasarkan pola keselarasan huruf vokal yang merupakan pembetulan dari segi fonetik terhadap bunyi vokal utama. Beberapa nama kayu yang berasaskan perkataan Bahasa Inggeris telah diterjemah terus ke dalam Bahasa Melayu. Nama-nama Bahasa Melayu untuk kayu daripada spesies pokok eksotik dipinda berdasarkan rujukan kepada beberapa penulisan saintifik dan separa teknikal. Hasil kajian ini menjadi suatu panduan yang amat penting dalam industri perkayuan berkaitan penamaan kayu di Malaysia serta ejaan yang tepat dan seragam berdasarkan penulisan Bahasa Melayu.
Kata kunci: Spesies pokok, penamaan kayu, ejaan Rumi baharu, konsonan koronal, pola keselarasan huruf vokal, rekonstruksi fonologi |
References |
Harga Kayu. (2022). Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. https://www.mtib.gov.my/perkhidmatan/promosi/harga-kayu Ismail Dahaman. (2002). Bahasa kita. Dewan Bahasa dan Pustaka. Lillian Chua Swee Lian, Nurulhuda H, Hamidah Mamat & Saw Leng Guan. (2004). Conservation status of Hopea subalata (Dipterocarpaceae) in Peninsular Malaysia. Journal of Tropical Forest Science, 16(3), 271–282. Lim Seng Choon, Gan Kee Seng & Nordahlia Abdullah Siam. (2017). Identification of Malaysian timbers using dichotomous key. FRIM Technical Information Handbook No. 46. Forest Research Institute Malaysia. Malaysian Grading Rules for Rubberwood Sawn Timber. (2013). Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. Malaysian Standard. (2001). MS 544 - Code of Practice for Structural Use of Timber: Part 2: Permissible Stress Design of Solid Timber. Department of Standard Malaysia, Putrajaya. Mohd Jamil Abdul Wahab & Amir Saaiffudin Kassim. (2022). Glossary of terminologies of Malaysian timber species and groups. Timber Technology Bulletin No. 114. Forest Research Institute Malaysia. MyBIS. (2022). Malaysia Biodiversity Information System. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. https:mybis.gov.my Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia. (1985). Dewan Bahasa dan Pustaka. Peraturan Pemeringkatan Kayu Keras Gergaji Malaysia. (2009). Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2022). Dewan Bahasa dan Pustaka. https://prpm.dbp.gov.my Species. (2022). Forest Plantation Development Sdn. Bhd. https://fpd.com.my/species Wong Tuck Meng. (2019). A dictionary of Malaysian timbers. Revised by Lim SC & Chung RCK. Malayan Forest Records No. 30. Forest Research Institute Malaysia. Wood Wizard. (2022). Malaysian Timber Council. https://mtc.com.my/wizard |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |