UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :TP Chemical technology
Main Author :Muhammad Safwan Mohd Shariff
Additional Authors :Harozila Ramli
Title :Keberkesanan model praktis studio seramik terhadap pelajar seni bagi kursus MSK 3042 berasaskan konsep rupa dan jiwa
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2023
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan keberkesanan model praktis studio seramik (MPSS) terhadap pelajar seni MSK 3042 di Universiti Pendidikan Sultan Idris berasaskan konsep rupa dan jiwa. Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan MPSS terhadap penghasilan produk kreatif kraf seramik berlandaskan konsep jiwa dan rupa. Keberkesanan MPSS dapat dilihat melalui pembentukan kreatif pelajar seni semasa MPSS dijalankan dengan berorentasikan penggunaan tanah liat sebagai medium utama berasaskan penerapan konsep rupa dan jiwa. Penilaian ini dinilai daripada awal permulaan sehingga akhir proses berdasarkan jadual mingguan selama 14 minggu (2jam seminggu persamaan 28jam bagi 14 minggu). Pemerhatian bermula dari peringkat penerokaan, praktis, teknik, aplikasi dan produk dalam penghasilan produk kreatif kraf seramik. Namun begitu hasil yang ditunjukkan bergantung kepada disiplin dan tertib dalam kalangan pelajar seni MSK 3042 berasaskan MPSS. Selain itu, pengaplikasian dan pengadaptasian reka bentuk berdasarkan penerapan rupa dan jiwa terhadap penggunaan teknik asas seramik yang merangkumi estetika, penerapan, penyatuan dan keindahan. Dapatan kajian menunjukkan kadar keberkesanan yang sempurna berdasarkan tugasan yang dilaksanakan oleh pelajar seni secara berstruktur dan bersistematik berasaskan pemantauan setiap 2 minggu sekali sebanyak 7 kali selama 14 minggu iaitu 1 semester. Selain itu, hasil kajian eksperimentasi terhadap teknik asas dalam penghasilan karya kreatif berorentasikan konsep jiwa dan rupa mencapai target yang tinggi serta dapat di dikomersilkan secara meluas melalui penggunaan MPSS. Kadar kebolehgunaan MPSS ini boleh digunapakai bagi membantu menjadikan ia satu langkah untuk membantu perkembangan penggunaan MPSS secara menyeluruh dan berfokus dalam mengembangkan bakat dikalangan mahasiswa/i. Kata kunci: Keberkesanan, model praktis, eksperimentasi, estetik, keindahan, penerapan, kesatuan

References

Abdul Halim Husain 2003- Kesinambungan Manifestasi Rupa Dan Jiwa Melayu Dalam Karya Seni 3-Dimensi Dari Perspektif Seni Halus Universiti Pendidikan Sultan Idris

Harozila Ramli, Tajul Shuhaizam Said & Mohd Fauzi Sedon @ M. Dom 2014, Catan Batik Najib Dawa, Jurnal Seni dan Pendidikan Seni ISSN 2289-4640 / Vol. 2 (2014) / (62-68)

Mohd Zahamri 2010 'Rupa dan Jiwa' ini hanyalah merupakan catatan kecil seorang pencinta seni. http://rupa-jiwa.blog spot.com/2010/12/pengenalan-rupa-jiwa.html

Muhammad Safwan Mohd Shariff, Tajul Shuhaizam Said, Harozila Ramli 2021, Aplikasi Model Praktis Studio Seramik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Terhadap Penerokaan Kreatif Dan Kritis Berasaskan Tanah Liat Alternatif, Jurnal Dunia Pendidikan, Vol 3 No 3 (2021): Sep 2021

Safwan Shariff 2020 Eksperimentasi tanah liat habu sebagai refleksi kreatif seni seramik kontemporari, KUPAS SENI Jurnal Seni dan Pendidikan Seni ISSN 2289-4640 /eISSN 0127-9688 /Vol. 8 No.1

(2020) / (35-42)

Ramli, Harozil., Said, Tajul Shuhaizam., Hazman, Mohamad NurHanif Bin; Malek, Syamrul Nizam Abdul; Hussin, Ridzuan 2019.The Development And Evaluation Of An Interactive Multimedia Module For The Topic Of Art Elements Of The Visual Art Education Subject International Journal of Innovation, Creativity and ChangeVolume 10, Issue 6, Pages 246 – 258.

Tajul Shuahizam Said dalam Mengenali Tanah Liat dan Jasadnya dalam Mohd Johari Ab. Hamid (2006) (ed.) Metodologi pendidikan seni visual, Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, hlm.101.

Tajul Shuhaizam Said 2017, Estetika Tembikar Tradisi Mambong, Kelantan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

 

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.