UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Analisis terhadap ayat dari sudut nahuan meletakkan ayat sebagai satuan yang terbesar dalam bahasa. Ayat dianalisis berdasarkan struktur sintaksis tanpa mempertimbangkan konteks ayat itu dihasilkan atau diujarkan. Sebaliknya, dalam nahu wacana, ayat yang dihasilkan dalam ujaran berperanan untuk mengungkapkan fikiran melalui bahasa yang digunakan sebagai alat komunikasi. Dalam nahu wacana, ayat yang diujarkan dianggap sebagai satuan yang membentuk hubungan ayat dalam konteks ujaran dan tekstual, dan ciri-ciri sintaksis yang diperlihatkan dalam ayat diterangkan berhubung dengan syarat yang mengendalikan penyebaran ayat dalam wacana. Oleh sebab itu, nahu wacana biasanya menganalisis bentuk nahuan dan penyebaran ayat dalam wacana, dari segi kombinasi susunan maklumat dan susunan ayat yang logik yang didapati dalam teks ujaran (Sato 1997:2). Makalah ini akan menjelaskan beberapa konsep tentang nahu wacana yang dapat digunakan untuk tujuan pengajaran ayat bahasa Melayu. |
References |
1. Ahmad Khair Mohd Nor. (2003). Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors. 2. Arbak Othman (1984). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. 3. Asmah Hj. Omar. (1980). “Analisa Wacana”, Dewan Bahasa, Mac & April. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Asmah Hj. Omar. (1982). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Halliday, M.A.K., dan Hassan, R. (1976). Cohesion in English. London: Longman. 6. Hamidah Abdul Hamid. (1995). Pengantar Estetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain. (1992). Pembinaan bahasa Melayu: Perancangan Bahasa di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Ddan Pustaka. 8. Sato Hirobumi @ Rahmat Abdullah. (1997). Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah: Suatu Pandangan dari sudut Linguistik Struktural-Fungsian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |