UPSI Digital Repository (UDRep)

Penggunaan Lughatul Fasli Dalam Kalangan Guru Pelatih Bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris

AVAILABLE Article 470 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Penggunaan Lughatul Fasli Dalam Kalangan Guru Pelatih Bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Type
Article
Main Author
Yakob, Muhammad Helmi
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
ara
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2023
Degree Type
Not related
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Abstrak: Kurikulum bahasa Arab telah mengalami inovasi dan perubahan dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Melalui kurikulum baru ini penggunaan lughatul fasli dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mula diperkenalkan. Lughatul fasli ialah bahasa pengendalian kelas yang selalu digunakan oleh guru sebagai bahasa perantaraan menyampaikan isi kandungan pelajaran ketika berinteraksi dengan murid dalam kelas. Melalui penggunaan lughatul fasli yang berterusan ia mampu menambah serta memupuk minat murid untuk mempelajari bahasa Arab. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk meneroka isu ini yang melibatkan 25 guru pelatih bahasa Arab yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Temubual separa berstruktur digunakan sebagai alat pengumpulan data. Analisis tematik telah dijalankan dengan menggunakan perisian Atlas.ti. Hasil dapatan menunjukkan jenis lughatul fasli yang kerap digunakan ialah ungkapan sapaan, arahan, soalan, dan pujian. Majoriti peserta kajian berpendapat melalui penggunaan lughatul fasli ini dapat membantu pelajar untuk memahami kandungan pembelajaran dengan lebih mudah disamping dapat menambahkan saiz kosa kata pelajar. Selain itu ia juga dapat meningkatkan tahap kemahira komunikasi antara guru dan pelajar. Kata kunci: bahasa Arab, lughatul fasli, pengajaran dan pembelajaran, UPSI

References

Izuddin, M. (2015). Meningkatkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab dalam Bilik Darjah Melalui Penggunaan Lughatul Fasli: Satu Tinjauan Awal. Prosiding Persidangan kebangsaan Bahasa Arab, (pp. 9-18).

Mahadi, S. (2019). Pengetahuan dan Sikap Guru dalam Penggunaan "Lughatul-Fasli". Bangi: Tesis Sarjana: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mior Syazril, M. S. (2015). Amalan Penggunaan Lughatul Fasli dalam Pengajaran Jurulatih Utama Bahasa Arab Sekolah Rendah.

Mohamad Ziyad, M. & Saini, A. D. (2015). Amalan Penggunaan Lughat Al-Fasl dalam Kalanga Guru Pelatih j-QAF. Persidangan Kebangsaan Bahasa Arab, (pp. 297-305).

Mohamad Ziyad, M. & Saini, A. D. (2017). Aplikasi Lughat Al-Fasl dalam Pengajaran Bahasa Arab. Manu, 153-183.

Norhisham, A. & Harun, B. (2020). Tahap Amalan Komunikasi Nonverbal Guru Bahasa Arab dalam "Lughatul Fasli". International Comference Teacher Education, (pp. 165-178).

Yaakob, H., Mohamad Ziyad, M., Md Noor, H., Idi, H. & Mohd Reduan. (2018). Amalan Penggunaan Lughat Al-Fasl dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Malaysia. 5th International Research Management & Innovation Conference. Putrajaya.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.