UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kelahiran Anak Tak Sah Taraf (ATST) semakin membimbangkan apabila data menunjukkan kes-kes rogol sering meningkat saban hari. Anak-anak ini menjadi mangsa keadaan apabila penamaan nasab mereka tidak dapat dinamakan kepada bapa biologinya. Mereka didakwa melakukan pelbagai masalah sosial dalam tempoh tumbesaran akibat kekeliruan terhadap penamaan nasab mereka. Sehubungan dengan itu, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk melihat masalah-masalah sosial yang dihadapi oleh ATST yang dinamakan dengan nama Abdullah bagi menggantikan nama ibu sebagai jalur yang sah. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif, manakala strategi kajian pula ialah kajian kes. Kajian ini juga mengadaptasikan reka bentuk kualitatif dengan kaedah pengumpulan data adalah kombinasi teknik analisis kandungan dokumen dan temu bual soalan separa berstruktur. Setelah data dokumen dan data temu bual diperoleh, kaedah analisis kandungan dokumen digunakan sekali lagi dalam proses menganalisis data-data ini yang mana hasilnya dikategorikan mengikut kaedah tematik. Hasil dapatan kajian bagi masalah sosial terhadap penamaan nasab ATST kepada Abdullah menunjukkan terdapat empat jenis masalah yang telah dikenal pasti. Kesemua masalah sosial yang dimaksudkan ialah penyalahgunaan dadah, merokok, bergaduh dan buli. Walaupun kesemua gejala itu tidaklah dihadapi secara keseluruhannya oleh setiap ATST menurut 12 sampel yang ditemu bual pengkaji, namun ia turut memberikan kesan kepada mereka apabila penamaan nasab mereka digantikan dengan nama Abdullah. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan agar penamaan nama Abdullah bagi menggantikan nama ibu sebagai jalur yang sah ke atas ATST adalah wajar dimurnikan kembali agar bersesuaian dengan realiti yang berlaku.
Kata kunci: Abdullah, Fatwa kebangsaan, Masalah sosial, Nasab, Penamaan. |
References |
A Child & 2 Ors Jabatan Pendaftaran Negara. (2017). Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Retrieved from: http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-01(A)-365-09-2016.pdf Abd. Ghani, A. & Nuarrual Hilal, M. D. (2016). Kewajipan Menanggung Nafkah Anak Tak Sah Taraf: Satu Kajian Kes di Negeri Kedah. Journal of Legal Studies. Universiti Utara Malaysia (UUM). Abd. Ghani, A. & Nuarrual Hilal, M. D. (2017). Mengandung Anak Tak Sah Taraf: Kajian Kes di Daerah Kubang Pasu, Kedah. Journal of Legal Studies. Universiti Utara Malaysia (UUM). Al-Qaradawi, Y. (2000) Nazariyat Maqasid Syari‘at bayn Ibn Taymiyat wa Jamhur al-Usuliyin. Universiti Kaherah. Azillah, M. A. (2014). Merokok. Artikel Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Azizi, Y. (2010). Permasalahan Sosial di Kalangan Remaja: Satu Cabaran. Kertas Kerja Institutional Repository. Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Azizi, Y. (2011). Isu-Isu Remaja Suka Melepak. Kertas kerja Institutional Repository. Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Azizi, Y. & Abdul Latif, A. (2005). Persepsi Guru Dan Pelajar Terhadap Perlakuan Buli Terhadap Pelajar Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat. Artikel Institutional Repository. Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Babbie, E. (2002). The Practice of Social Research. 12th ed. Belmont California, Wadsworth. Creswell, J. W. (2009). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among Five Approaches. n.d. Thousand Oask, CA, Sage. Hans Wehr. (1980). A Dictionary of Modern Written Arabic. n.d. Library Du Liban, Beirut. Kamus Dewan Bahasa. (2012). 4th ed. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mahathir, Y., Noremy, M. A. & Mohd Nazrie, S. (2018). Faktor Tingkah Laku Merokok dalam Kalangan Mahasiswa Universiti. Jurnal Personalia Pelajar. 21(2): 37-44. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Meli. & Yana. (2018). Menonton Film Anak Sholeh Sebagai Determinan Penurunan Perilaku Agresif Pada Anak TK Ar-Roihan Palembang. (Postgraduate Thesis). Fakultas Psikologi, UIN Raden Fatah Palembang. Mohamad Johdi, S. (2012). Permasalahan Penagihan Dadah: Tinjauan di Pusat Serenti Selengor. Artikel SAPKO: International Seminar on Community Development. Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Mohd Mahyeddin, M. S., Nisar Mohammad, A. & Nur Mohammad Hadi, Z. (2018). Pengurusan dan Perlindungan Anak Tak Sah Taraf melalui “Baby Hatch”: Satu Penilaian daripada Perspektif Maqasid Syari‘at dan Undang-Undang Malaysia. Jurnal al-Majaalis. Sekolah Tinggi Dirasat Islamiyah Imam Syafi’i. Jawa Timur, Indonesia. Mok Soon Sang. (2005). Teks Komprehensif P.T.K. (Penilaian Tahap Kecekapan). Editions Didier Millet: Kuala Lumpur. Muhammad Adam, A. A., Khadher, A., Mohd Khairul Nazrin, M. N. & Ishak, S. (2020). Dinamika Tafsiran Teks Hadis al-Walad li al-Firasy wa li al-‘Ahir al-Hajar dan Implikasinya Terhadap Fatwa Penasaban Anak Tak Sah Taraf di Malaysia. International Refereed Academic Journal in Hadis Sudies. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Muslim, M. S. (2016). Varian-Varian Paradigma, Pendekatan, Metode, dan Jenis Penelitian dalam Ilmu Komunikasi. Wahana. Vol. 1 No. 10. Universitas Pakuan, Indonesia. Mustaqim Roslan, M. (2023). Hifz al-Nafs dalam Fatwa Penamaan Nasab Anak Tak Sah Taraf di Malaysia: Analisis Kesan Psikologi dan Masalah Sosial. (Postgraduate Thesis). Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar – Perak Darul Ridzuan. Norarshad, Nordin. (2021). Peranan Komuniti Setempat Dalam Memerangi Jenayah Sosial Di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Malaysia. Malaysian Journal of Tropical Geography. Vol. 47 No. 1&2. Universiti Malaya (UM). Norizan, Y. (2016). Pengurusan Elemen Psikologikal sebagai Persediaan Menghadapi Bencana: Satu Kajian Kualitatif Terhadap Mangsa Banjir di Kelantan. Jurnal Psikologi Malaysia. Nur Farayantie, M. S. (2006). Kajian Masalah Buli Pelajar di Sekolah Menengah. (Postgraduate Thesis). Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Ondawati. (2019). Upaya Menurunkan Perilaku Agresif melalui Pemberian Layanan Konseling Kelompok pada Siswa. Jurnal Penelitian Pendidikan. Vol. 19 No. 1. Universitas Pendidikan Indonesia. Othman Lebar. (2017). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metode. n.d. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Rehana Dzulaicha, J. (2019). Permasalahan Sosial Budaya Orang Minangkabau dalam Novel Imam Karya Wisran Hadi (Tinjauan Sosiologi Sastra). (Postgraduate Thesis). Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Andalas Padang. Risa Ilmi, K. (2019). Perbedaan Tekanan Darah Antara Perokok Aktif dan Pasif Pada Pasangan Suami Istri di Desa Paringan, Kecamatan Jenangan, Ponorogo. (Postgraduate Thesis). Program Studi Keperawatan. Universitas Muhammadiyah Ponorogo Tallman, I., dan McGee, R. (1971). Definition of Social Problem. Dalam Smigel, E. O. Eds. Handbook on the Study of Social Problems. Chicago: Rand McNaly and Company. Thousand Oaks, Sage Publication. Zulfikri, A. W., Yohan, K. & Haris, A. W. (2013). Pengurusan Masalah Sosial yang Berlaku dalam Komuniti Pesisir di Kelantan. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS). Vol. 24 No. 1. Universiti Malaya (UM). Zulkifli al-Bakri. (2003). Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Zulkifli, M., Engku Muhammad Tajuddin, E. A., Jamaluddin, H. & Asiah, B. (2018). Hukum Anak Luar Nikah Menjadi Imam Solat. Malaysian Journal for Islamic Studies (MJIS). Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |