UPSI Digital Repository (UDRep)

Kerangka TPACK bagi PdPc Sains menggunakan ICT di SJK(T) luar bandar di negeri Perak

AVAILABLE Thesis 424 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kerangka TPACK bagi PdPc Sains menggunakan ICT di SJK(T) luar bandar di negeri Perak
Type
Thesis
Main Author
Kalaiselvi Shanmugam
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2020
Notes
With cd
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti strategi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Sains  menggunakan Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) dan Information Communication  Technology (ICT) sebagai media instruksi dalam kalangan 12 orang guru dan 120 orang murid darjah  empat di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) luar bandar di negeri Perak. Kajian ini berbentuk  gabungan kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan tiga teknik pengumpulan data iaitu pemerhatian,  temu bual semi berstruktur dan soal selidik. Data kajian kualitatif menggunakan pendekatan analisis  tematik manakala data-data kuantitatif dikira secara manual menggunakan peratus. Dapatan kajian  menunjukkan penguasaan TPACK dalam kalangan guru masih berada pada tahap yang rendah kerana  guru-guru menghadapi pelbagai halangan dalam penggunaan ICT semasa PdPc Sains iaitu kecapaian  internet, halangan dari segi sikap ibu bapa dan murid, kekangan masa, kemudahan dan peralatan,  pemasangan dan teknikal, gangguan elektrik, dan bahasa. Hasil kajian juga menunjukkan guru-guru  menggunakan ICT semasa PdPc Sains kerana ICT membantu murid, guru dan memberi sokongan untuk  menjalankan PdPc Sains. Dapatan kajian menunjukkan murid bersetuju bahawa penggunaan ICT semasa   PdPc  Sains  meningkatkan  Motivasi  Dalaman.  Dapatan  kajian  juga menunjukkan capaian internet,  kesihatan, masa, keluarga, kemudahan komputer di rumah, sekolah dan adaptasi menjadi penghalang  untuk menggunakan ICT semasa PdPc Sains. Murid-murid mengaku penggunaan ICT semasa PdPc Sains  menarik kerana elemen-elemen ICT, merangsang minat dan membantu pembelajaran. Kesimpulannya,  satu   kerangka  panduan  telahpun  dihasilkan.yang  berpotensi dijadikan sebagai panduan memperluas  penggunaan ICT semasa PdPc Sains dijalankan di sekolah-sekolah luar bandar. Implikasinya, ialah  kerangka ini menjadi garis panduan untuk menggunakan TPACK dalam proses PdPc Sains di SJK(T) luar bandar yang boleh dijadikan amalan guru.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.