UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor sikap pelajar yang
mempengaruhi penglibatan pelajar dalam gerak keija kokuriulum di sekolah. Responden
bagi kajian ini adalah seramai 360 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4
di 6 buah sekolah menengah di Daerah Serian, Gabungan Samarahan, Sarawak.
Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS (11.5) untuk memperolehi
min,sisihan piawai dan pekali Kolerasi Pearson.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
responden bersetuju bahawa faktor-faktor sikap pelajar memang mempunyai hubungan
yang signifikan dalam mempengaruhi penglibatan mereka dalam gerak keija
kokurikulum ( r = .672ji=360,p=0.000, p< 0.01 ). Hasil kajian menunjukkan faktor guru
penasihat dikenalpasti tinggi mempengaruhi penglibatan pelajar dalam gerak keija
kokurikulum. Kesimpulannya ialah semua faktor sikap pelajar yang dikemukakan dalam
kajian ini mempunyai pengaruh sama ada tinggi atau rendah ke atas penglibatan dalam
kokurikulum. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |