UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Makalah ini merupakan sebuah analisis konseptual bertujuan untuk membincangkan produk pelajar bercirikan khalifah profesional berasaskan konsep ulul albab. Perbincangan berpandukan kepada tiga aspek penting iaitu penjelasan tentang konsep ulul albab, konsep khalifah profesional dan penerpananya dalam program pembentukan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Perbincangan tentang konsep ulul albab meliputi tiga komponen penting iaitu Quranik, ensiklopedik dan ijtihadik. Penerapan dalam program- program di Universiti Pendidikan Sultan Idris menerusi Pusat Ulul Albab telah berjaya menghasilkan pelajar-pelajar yang bersifat ulul albab ini. Tujuh orang pelajar hasil tempaan ulul albab UPSI diperincikan bagi membuktikan bahawa pelaksanaan program ulul albab dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang bercirikan khalifah profesional.
Kata kunci: Pelajar UPSI, khalifah profesional, Ulul Albab, QEI |
References |
A. Halim Ali (2020) Buku Panduan Program Profesional Ulul Albab. Tanjong Malim: Pusat Ulul Albab UPSI Arniyuzie binti Mohd Arshad (2019), Ulasan Sistematik: Program Ulul Albab Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia, Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik Oktober 2015, 3(4), 22-35 Hafsin, Abu. (2007). Islam dan Humanisme: Akulturasi Humanisme Islam di Tengah Krisis Humanisme Universal. Yogyakarta: IAIN Walisongo dengan Pustaka Pelajar. Marhaban, (2018) ‘Kritik Al-Quran Terhadap Manusia’, Jurnal At-Tibyan 3 (2), 213-222 Masitah Mohammad Yusof & Mohamed Khaidir Alias. (2020). Kriteria kompetensi bagi pembangunan bakat pemimpin. Jurnal Penyelidikan Akademik Antarabangsa Sains Sosial. 6. (1). 17-24. Jamil Abdul Aziz (2020) Potensi Manusia Pespektif Al-Qur’an dan Psikologi Behaviorisme Dan Humanisme Serta Implikasinya Dalam Pendidikan, Jurnal Qiro’ah. 10 (1), 1-13 Rahmat Ilyas (2016) Manusia Sebagai Khalifah Dalam Persfektif Islam, Mawa`izh, 1 (7), 169-195 Umi Kalthom Abdul Manaf, et al. (2021), The Origin, Conception Planning, development and Implementatrion of The First Ulul Albab Educational Programme. Kajang: Penebitan Anaasa PLT
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |