UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :GV Recreation Leisure
PN2000 Dramatic representation. The Theater
Main Author :Noor Rafizal Paharul Rozi
Additional Authors :Azrul Azizi Amirrul
Title :Perubahan peranan pemuzik dalam persembahan Boria awal abad ke-21
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2023
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini melihat tentang perubahan peranan pemuzik dalam teater tradisional boria pada awal abad ke-21 di Pulau Pinang. Muzik merupakan salah satu daripada lima elemen yang terdapat dalam persembahan boria. Fungsi muzik digunakan dalam segmen kedua persembahan boria oleh komponen pemuzik. Perkembangan zaman menyebabkan muzik boria yang bercirikan tradisional terpaksa bersaing dengan hiburan popular pada lewat abad ke-20 sehingga peranan pemuzik kian diabaikan oleh sebilangan kumpulan boria. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor penyingkiran peranan pemuzik dalam persembahan boria pada awal abad ke-21 dan mengemukakan kelebihan disebalik penggantian pemuzik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan temu bual dengan tiga orang tokoh boria dan pemerhatian terhadap persembahan lima kumpulan boria di Pulau Pinang. Hasil kajian ini mendapati faktor utama penyingkiran peranan pemuzik dalam persembahan boria kini adalah disebabkan pembayaran yang terhad oleh pihak penganjur. Bagaimanapun, apabila penggunaan format digital seperti MP3 digunakan, ia terbukti bahawa terdapat juga kelebihannya setelah penyingkiran pemuzik berlaku seperti dapat menjimatkan kos perbelanjaan kumpulan boria. Namun begitu, sewajarnya pemeliharaan dan pemuliharaan peranan pemuzik boria harus dilakukan oleh pelbagai pihak agar tidak pupus ditelan arus pemodenan, meskipun sukar untuk diwujudkan semula. Kata kunci: kelestarian, muzik boria, pemeliharaan dan pemuliharaan, persembahan boria, teater tradisional

References

Ferdhaus Sazali, Masitah Muhibudin, & Badaruddin Mohamed. (2014). Warisan kebudayaan boria dan pelancongan. Dalam M. K. Abdul Rahman, T. Masron, & M. I. Ahmad (Eds.), Merekayasa kearifan tempatan: Citra seni dalam teknologi. Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Jibran dipetik daripada Kalsom. (2015, Oktober). Boria dapat perhatian kembara bahasa. Berita Harian Online. Dicapai 6 Julai 2020. https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/10/92426/boria-dapat-perhatian-kembara-bahasa

Mahani Musa. (2003). Boria Muharam: Antara kreativiti dan realiti masyarakat Melayu Pulau Pinang abad ke-19 dan ke-20. Wacana Seni Journal of Arts Discourse. 2(2), 19-39. https://ejournal.usm.my/wacanaseni/article/view/ws-vol2-2003-2/pdf

Mahd. Ishak Abdul Razak. (1979). Sejarah boria. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.

Mohd. Ghouse Nasuruddin. (2000). Teater tradisional Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pravina, M., Mohd Azam Sulong, & YM Raja Azuan Nahar Raja Adnan. (2011). Muzik tradisional muzik sinketik. Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia.

Rahmah Bujang. (1987). Boria a form of Malay theatre. Institute of SE Asian Studies.

Wan Abdul Kadir Wan Yusoff. (1988). Budaya popular dalam masyarakat Melayu bandaran. Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.