UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Noraziah Abdul Aziz
Title :Analisis leksikal budaya dalam rimba harapan dan terjemahannya La Jungle de l'Espoir
Publisher :Fakulti Bahasa dan Linguistik
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penterjemahan adalah satu bidang ilmu yang semakin berkembang. Penterjemahan karya sastera merupakan bidang yang penting sebagai penghubung antara dua budaya, untuk memperkenalkan budaya asing kepada pembaca yang mempunyai amalan budaya yang berbeza. Seiring dengan tujuan tersebut banyak karya sastera tempatan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis antaranya Salina, Ngayau, Hari-hari terakhir seorang seniman dan tidak terkecuali Rimba Harapan salah satu karya terkenal Keris Mas yang telah diterjemahkan sebagai 'La Jungle de l'Espoir'. Bahasa Melayu dan bahasa Perancis sangat berbeza baik dari segi bahasa mahupun budaya. Sehubungan dengan itu objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti leksikal budaya dan menganalisis persamaan dan perbezaan leksikal budaya menggunakan analisis komponen makna. Seterusnya pengkaji juga mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi persamaan dan perbezaan leksikal budaya antara bahasa Perancis dan bahasa Melayu. Hasil analisis komponen makna menunjukkan sememangnya wujud perbezaan antara leksikal budaya bahasa Melayu dan bahasa Perancis. Antara faktorfaktor yang mempengaruhi persamaan dan perbezaan adalah selain daripada aspek kemahiran penterjemah itu sendiri, perbezaan dua budaya juga mewujudkan jurang leksikal. Dalam menangani masalah ini, peranan penterjemah amat penting dalam penterjemahan leksikal budaya. Katakunci: Leksikal budaya, terjemahan, semantik, bahasa Perancis, bahasa Melayu
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.