UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kaedah Karantina merupakan salah satu kaedah hafazan al-Quran pantas yang boleh diamalkan. Program Karantina Tahfiz ini diperkenalkan di Malaysia khusus bagi mereka yang ingin menghafaz al-Quran dalam jangka masa pendek. Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan yang dilihat melalui kaedah Karantina. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu dalam kaedah Karantina. Kajian ini menggunakan metod perpustakaan dengan merujuk bahan bacaan artikel dan kajian-kajian lepas serta laman sesawang rasmi yang berkaitan. Hasil kajian mendapati empat isu yang timbul dalam pelaksanaan program Karantina Tahfiz iaitu kesukaran menyesuaikan diri, persekitaran yang kurang kondusif, kos pengajian yang tinggi dan kekurangan guru mahir. Kajian ini turut memberi cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan, iaitu penjagaan kesihatan (mental & fizikal), persekitaran: biah solehah, mengurangkan kos pengajian dan latihan khusus untuk guru tahfiz. Kajian ini membuktikan bahawa setiap isu-isu yang timbul mempunyai jalan penyelesaian. Justeru, ia secara tidak langsung membantu mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kaedah Karantina.
Kata Kunci: Karantina Tahfiz, Hifz al-Quran, persekitaran pembelajaran, latihan guru |
References |
Abd Rashid Zainal, Sumaiyah Sulaiman dan Siti Nor Jaffar. Biah Solehah Pemangkin Kecemerlangan Sahsiah Pelajar. Diperoleh daripada https://dokumen. tips/reader/f/5-biah-solehah-pemangkin-kecemerlangan-sahsiah-pelajar. Abd Razak, S. R. (2020). Isu Pendidikan Guru Tahfiz: Pengetahuan Pedagogi dan Amalan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Tahfiz Persendirian di Selangor. Islamiyyat, 42, 101-106. Abdul Hafiz Abdullah, Hussin Salamon, Azmi Shah Suratman, Sulaiman Shakib Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi & Abdul Basit Samat. (2005). Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan al-Quran yang Efektif: Satu Kajian di Kuala Lumpur dan Terengganu. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/2844/1/75184 .pdf. Abdul Rahman Talib. (2019). Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafalan al-Quran yang Efektif: Perkongsian Pengalaman Karantina Tahfiz Malaysia. Konvensyen Huffaz Peringkat Kebangsaan JAKIM-UNITEN 2019. Diperoleh daripada file:///Users/ctonmashie/Downloads/Karantina%20Tahfiz%20Malaysia%20(2).pdf. Abu Hasan Mubarok Sonhaji, Emma Nur Aini, and Suratman Suratman. (2020) "Implementasi Program Tahfiz Al Quran di SDN 013 Penajam, Penajam Paser Utara." Jurnal Tarbiyah dan Ilmu Keguruan Borneo 1, no. 1 : 63-75. Abu Hasan Mubarok, Sonhaji, Emma Nur Aini & Suratman. (2019). Implementasi Program Tahfiz al-Quran di SDN 013 Penajam, Penajam Paser Utara. Jurnal Tarbiyah & Ilmu Keguruan (JTIK) Borneo. 1(1). 63-75. Aeileen Damiri. (2020). Kaedah Hafazan Berkesan: Adaptasi Program Karantina di SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Simposium Kecemerlangan KBD dan KBT Zon Borneo Tahun 2020. Diperoleh daripada https://anyflip.com/kgudh/ghhz/basic. Al-Bukhari, Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim. (1958). Sahih al-Bukhari. Misr Al-Quran Azmil Hashim (2013). Latar Belakang Guru Tahfiz Dan Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran Di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education. Vol. 1. 28-39. Azmil Hashim, Norhisham Muhamad & Mohd Marzuqi Abdul Rahim. (2016). Qudwah dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Journal of Glibal Business and Social Entrepreneurship, 2(3). 28-35. Dudung Abdul Karim, Hafid Nur Muhammad & Ali Zaenal Arifin, (2020). Metode Yadain Li Tahfizh Al-Qur’an (Implementasi Program Karantina Sebulan Hafal Al-Qur’an di Desa Maniskidul Kuningan Jawa Barat). Studia Quranika. 4. 181. 10.21111/studiquran.v4i2.3546. Ghazala Ahmed. (2013). Muslim Parent at Crossroads: Choosing the Right School for Their Children. Canadian and International Education/Education et Internationale, 42(2). Diperoleh daripada https://ojs.lib.uwo.ca/index.php/cie-eci/article/view/9229/7415.
Hidayatul Fitriyah. (2020). Implementasi Metode Yadain dalam Program Karantina Hafalan al-Quran 2 Pekan 10 Juz di Yayasan Alam Qur’an Ponogoro (Tesis Sarjana). Diperoleh daripada http://etheses.iainponorogo.ac.id/10246/1/SKRIPSI_210316416_HIDAYATUL%20FITRIYAH_%283%29.pdf. https://karantinatahfizmalaysia.com/soalan-lazim/. diakses pada 25 Mac 2023. https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3593-bayan-linnas-siri-ke-202-guru-dan-kemuliaanya. Diakses pada 26 Mac 2023. https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/2509-bayan-linnas-siri-ke-140-islah-dan-perkasakan-ma-had-tahfiz-al-qur-an. diakses pada 25 Mac 2023. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2019). Kaedah Hafazan al-Quran Model Malaysia Teras Panduan Penghafaz Al-Quran. Kuala Kubu Baharu: Darul Quran JAKIM. Lubis, M. A., Hassan, W. N. S. W., & Hamzah, M. I. (2017). Tahap pengetahuan dan kesediaan guru-guru pendidikan Islam sekolah menengah di Selangor terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran pendidikan Islam. Asean Comparative Education Research Journal On Islam And Civilization (ACER-J). eISSN2600-769X, 1(1), 1-13. Maziahtusima Ishak, Siti Rugayah Tibek, Zulkiple Abd Ghani, Mohd Muzhafar Idrus, Hazlina Abdullah, Amir Husin Mohd Nor, Hayati Ismail. (2019). Isu dan Cabaran Pendidikan Pondok dari Lensa Pegawai Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(31). 384-393. Mochammad Ashabul Yamin & Anita Puji Astutik. (2021). Akulturasi Panca Indra Metode Yadain Li Tahfizil Qur’an. Tajdid, 20(2), 336-372. Diperoleh daripada https://tajdid.uinjambi.ac.id/index.php/tajdid/article/view/169/139. Muhaidi Mustaffa. (2010). Hafazan al-Quran dan hubungannya dengan kecemerlangan pelajar: Kajian di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, Kelantan dari tahun 1997 hingga 2007. Desertasi Doktor Falsafah. Universiti Malaya Muhammad Hafizan Abd Hamid, Abdul Aziz Mat Isa & Hamdi Ishak. (2021). Faktor Pembelajaran Tahfiz Program Huffaz Profesional di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Journal Al-Irsyad, 6(1), 596-605. Diperoleh daripada file:///Users/ctonmashie/Downloads/142-Article%20Text-1735-1-10-20210615.pdf. Muhammad Iqbal Ansari. (2017). Pelaksanaan Karantina Tahfidzh al-Quran 30 Hari untuk Siswa Sekolah Dasar dan Madrasah Ibtidaiyah di Banjarmasin. Jurnal Madrasah Ibtidaiyah, 2(2). 1-18. Muslim Al Imam. (2005) Terjemahan Hadits Sahih Muslim (Terjemahan Ma’mur Daud). Kuala Lumpur: KBC (2005). Nazmus Saquib, Juliann Saquib, Abdulrahman Alhadlag, Mohamad Anas Albakour, Bader Aljumah, Mohammed Sughayyir, Ziad Alhomidan, Omar Alminderej, Mohamed Aljaser, Ahmed Mohammed Al-Dhlawiy dan Abdulrahman Al-Mazrou. (2017). Health benefits of Quran memorization for older men. SAGE Open Medicine. 5. 205031211774099. 10.1177/2050312117740990. Neliwati Syaukani, & Ruslan Muhammad. (2019). Quarantine Tahfizh Al-Quran Program (Study Analysis in Inlight Qur’anic Center, Baitul Qur’an and Tahfizh Qur’an Foundation Al-Fawwaz Medan). Edu-Riligia, 3(4), 523-535. Diperoleh daripada file:///Users/ctonmashie/Downloads/6873-14311-1-SM.pdf. Nordin Ahmad (2015). Memperkasa Darul Quran ke arah memartabat pendidikan tahfiz di Malaysia. Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara 1-14 Novida Balqis Fitria Alfiani. (2018). Strategi Menghafal al-Quran Juz 30 Bagi Anak Usia Dini di Taman Kanak-Kanak Islam Terpadu (TKIT) An-Nahl Kec. Taman KAB. Sidoarjo (Tesis Sarjana). Diperoleh daripada http://etheses.uin-malang.ac.id/14137/1/14160005.pdf. Raihan Mohd Arifin, Kamarul Shukri Mat Teh & Norfazila Ghazali. (2019). Konseptualisasi Strategi dan Pelaksanaan Iklim Dini di Sekolah Menengah Agama. Journal of Educational Research and Indigeneous Studies, 2(1). Diperoleh daripada https://static.s123-cdn-static-d.com/uploads/1759562/normal_5d7c427d93472.pdf. Saemah Rahman & Zamri Mahamod. (2017). Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Penerbit UKM Bangi Sharifah Noor Hidayah Syed Aziz & Izuli Dzulkifli. (2020). Faktor Yang Mendorong Minat Menghafal al-Quran dalam Kalangan Pelajar Tahfiz. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan. Diperoleh daripada http://conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2020/12/ISPEN20_05.pdf. Zulkifli Mohd Yusoff, Noor Naemah Abdul Rahman, Noor ‘Azah Kamri. Nor Azah Ali, Norhayati Hamzah, & Naeimah Ramlan, Trend masyarakat terhadap pendidikan tahfiz. Ke Arah Pengiktirafan Huffaz di Malaysia, 38. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |