UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Seni khat merupakan warisan agung yang mempunyai hubungan secara langsung dengan penulisan al-Quran. Berdasarkan penemuan artifak sejarah seperti batu nisan di makam-makam, terdapat tulisan khat yang menunjukkan seni ini telah lama bertapak di Tanah Melayu sekaligus menunjukkan sejarah kedatangan agama Islam. Sehingga hari ini, seni khat telah berkembang menjadi satu bentuk pengajian formal yang telah dimasukkan dalam sistem pendidikan Malaysia melalui kurikulum mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahupun institusi pendidikan swasta. KPM juga menunjukkan komitmen melalui usaha yang strategik dengan menyediakan peruntukan kewangan bagi menjayakan program yang sesuai untuk perkembangan pengajian seni khat. Namun terdapat juga laporan menyatakan kualiti penghasilan karya seni khat dalam pertandingan rasmi yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia masih berada pada tahap kualiti yang kurang memuaskan, terutama berkaitan kaedah pembentukan huruf dan perkataan. Selain itu, guru yang berkemahiran dalam seni khat tidak ramai, di samping kurangnya tenaga pengajar berkemahiran yang berada di institusi pengajian tinggi dalam negara. Oleh itu, artikel ini membincangkan realiti pelaksanaan pengajian seni khat dalam sistem pendidikan di Malaysia. Objektif kajian ini ialah membahaskan kaedah memartabatkan seni khat dalam kurikulum kebangsaan serta pelan yang telah dibangunkan bagi mencapai hasrat tersebut. Selain itu, kajian ini menghuraikan realiti yang berlaku di lapangan meliputi kurikulum yang dibangunkan dan hasil terhadap pelaksanaan program-program yang dijalankan di peringkat kebangsaan. Hasil perbincangan kertas konsep ini diharap akan dapat membantu para pendidik mahupun pelajar untuk mengangkat pengajian seni khat dalam Pendidikan Islam dan pelbagai platform lain secara bersistematik dan efisien.
Kata Kunci: Seni khat, Pendidikan Islam, ideal, realiti |
References |
Al-Attas, S. M. N. (1984). The Correct Date of the Terengganu Inscription: Friday, 4th Rejab, 702 AH. Kuala Lumpur: Muzium Negara. Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSM Bahasa Arab. (Al-Lughah Al-‘arabiah Al-Mu’asirah) Tingkatan 1. (2017). Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSM Bahasa Arab (Al-Lughah Al-‘arabiah Al-Mu’asirah) Tingkatan 2. (2017). Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSM Bahasa Arab (Al-Lughah Al-‘arabiah Al-Mu’asirah) Tingkatan 3. (2017). Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR Pendidikan Islam Tahun 5. (2017). Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR Pendidikan Islam Tahun 6. (2017). Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Hashim Musa. (1998). Seni Khat dalam Inskripsi dan Manuskrip Melayu Jawi. Dalam Pesona Khat. Kuala Lumpur: Persatuan Seni Khat Kebangsaan. Hazliza Ismail. (2011). Kaedah dan Pendekatan Mempelajari Seni Khat: Kajian di Kelantan. Ilham Che Dau, Nik Yusri Musa, Nazri Muslim, Jamsari Alias. (2017). Sejarah Perkembangan Seni Khat dan Pengaruhnya Terhadap Tulisan Jawi di Nusantara. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, Vol 18(1),30-42. Khairiah Mohamad, Khazri Osman, Anuar Puteh. (2018). Sejarah Perkembangan Seni Khat Dalam Kesenian Islam di Nusantara. ‘Fikiran Masyarakat. Vol. 6, No. 1, 2018 Latifah Alias. (2011). Kaedah dan Pendekatan Pengajaran Seni Khat. Satu Kajian di Johor Bahru’ (Tesis Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Mahayudin Yahaya. (2001). Tamadun Islam (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Muhamad Zahiri Awang Mat & Abdul Jalil Husin. (2016). Teknik Memegang Dan Menggerakan Pensel Khat Menggunakan Kaeah Carta Pai Dalam Kalangan Murid-Murid Tahun Enam Di Sekolah Rendah. Insan Cita Journal of Islamic Studies In Indonesia and Southeast Asia,1(2) 23-38. Muhammad Bukhari Lubis. (2008), Memartabatkan Tulisan Jawi Ke Arah Memperkaya Ilmu. Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi. Shah Alam: Malaysia. Saufee, Siti Fatimah. (2007). Penguasaan Tulisan Jawi dalam Kalangan Murid Tahap Satu di Sebuah Sekolah Rendah di Meradong, Sarikei, Sarawak. Seminar Penyelidikan Pendidikan 2006. Institut Perguruan Rajang, Bintagor Sarawak. 1-25. Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. (2020). Laporan Pertandingan Seni Khat Mahrajan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Sarawak 2020. Kementerian Pendidikan Malaysia. Wan Nur Nadhirah W Mahmod. (2021). Kajian Tentang Cara Pengajaran Seni Khat Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Cherang Ruku Pasir Puteh Kelantan. Projek Tahun Akhir. Ijazah Sarjana Muda Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan. Zahiri, M., Mat, A., & Husin, A. J. (2016). Teknik Memegang dan Menggerakan Pensil Khat Menggunakan Kaedah Carta Pai dalam Kalangan Murid-murid Tahun Enam di Sekolah Rendah. Jurnal of Islamic Studies in Indonesia and Southeast Asia, 1(2), 199–206. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |