UPSI Digital Repository (UDRep)

Seni Khat dalam sistem Pendidikan kebangsaan di Malaysia: ideal dan realiti

AVAILABLE Article 719 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Seni Khat dalam sistem Pendidikan kebangsaan di Malaysia: ideal dan realiti
Type
Article
Main Author
Muhammad Aizat Che Romli
Additional Authors
  • Samsuddin Abdul Hamid
Subject
NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2023
Degree Type
Not related
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Seni khat merupakan warisan agung yang mempunyai hubungan secara langsung dengan penulisan al-Quran. Berdasarkan penemuan artifak sejarah seperti batu nisan di makam-makam, terdapat tulisan khat yang menunjukkan seni ini telah lama bertapak di Tanah Melayu sekaligus menunjukkan sejarah kedatangan agama Islam. Sehingga hari ini, seni khat telah berkembang menjadi satu bentuk pengajian formal yang telah dimasukkan dalam sistem pendidikan Malaysia melalui kurikulum mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahupun institusi pendidikan swasta. KPM juga menunjukkan komitmen melalui usaha yang strategik dengan menyediakan peruntukan kewangan bagi menjayakan program yang sesuai untuk perkembangan pengajian seni khat. Namun terdapat juga laporan menyatakan kualiti penghasilan karya seni khat dalam pertandingan rasmi yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia masih berada pada tahap kualiti yang kurang memuaskan, terutama berkaitan kaedah pembentukan huruf dan perkataan. Selain itu, guru yang berkemahiran dalam seni khat tidak ramai, di samping kurangnya tenaga pengajar berkemahiran yang berada di institusi pengajian tinggi dalam negara. Oleh itu, artikel ini membincangkan realiti pelaksanaan pengajian seni khat dalam sistem pendidikan di Malaysia. Objektif kajian ini ialah membahaskan kaedah memartabatkan seni khat dalam kurikulum kebangsaan serta pelan yang telah dibangunkan bagi mencapai hasrat tersebut. Selain itu, kajian ini menghuraikan realiti yang berlaku di lapangan meliputi kurikulum yang dibangunkan dan hasil terhadap pelaksanaan program-program yang dijalankan di peringkat kebangsaan. Hasil perbincangan kertas konsep ini diharap akan dapat membantu para pendidik mahupun pelajar untuk mengangkat pengajian seni khat dalam Pendidikan Islam dan pelbagai platform lain secara bersistematik dan efisien. Kata Kunci: Seni khat, Pendidikan Islam, ideal, realiti

References

Al-Attas, S. M. N. (1984). The Correct Date of the Terengganu Inscription: Friday, 4th Rejab, 702 AH. Kuala Lumpur: Muzium Negara.

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSM Bahasa Arab. (Al-Lughah Al-‘arabiah Al-Mu’asirah) Tingkatan 1. (2017). Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSM Bahasa Arab (Al-Lughah Al-‘arabiah Al-Mu’asirah) Tingkatan 2. (2017). Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSM Bahasa Arab (Al-Lughah Al-‘arabiah Al-Mu’asirah) Tingkatan 3. (2017). Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR Pendidikan Islam Tahun 5. (2017). Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR Pendidikan Islam Tahun 6. (2017). Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hashim Musa. (1998). Seni Khat dalam Inskripsi dan Manuskrip Melayu Jawi. Dalam Pesona Khat. Kuala Lumpur: Persatuan Seni Khat Kebangsaan.

Hazliza Ismail. (2011). Kaedah dan Pendekatan Mempelajari Seni Khat: Kajian di Kelantan.

Ilham Che Dau, Nik Yusri Musa, Nazri Muslim, Jamsari Alias. (2017). Sejarah Perkembangan Seni Khat dan Pengaruhnya Terhadap Tulisan Jawi di Nusantara. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, Vol 18(1),30-42.

Khairiah Mohamad, Khazri Osman, Anuar Puteh. (2018). Sejarah Perkembangan Seni Khat Dalam Kesenian Islam di Nusantara. ‘Fikiran Masyarakat. Vol. 6, No. 1, 2018

Latifah Alias. (2011). Kaedah dan Pendekatan Pengajaran Seni Khat. Satu Kajian di Johor Bahru’ (Tesis Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Mahayudin Yahaya. (2001). Tamadun Islam (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Muhamad Zahiri Awang Mat & Abdul Jalil Husin. (2016). Teknik Memegang Dan Menggerakan Pensel Khat Menggunakan Kaeah Carta Pai Dalam Kalangan Murid-Murid Tahun Enam Di Sekolah Rendah. Insan Cita Journal of Islamic Studies In Indonesia and Southeast Asia,1(2) 23-38.

Muhammad Bukhari Lubis. (2008), Memartabatkan Tulisan Jawi Ke Arah Memperkaya Ilmu. Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi. Shah Alam: Malaysia.

Saufee, Siti Fatimah. (2007). Penguasaan Tulisan Jawi dalam Kalangan Murid Tahap Satu di Sebuah Sekolah Rendah di Meradong, Sarikei, Sarawak. Seminar Penyelidikan Pendidikan 2006. Institut Perguruan Rajang, Bintagor Sarawak. 1-25.

Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. (2020). Laporan Pertandingan Seni Khat Mahrajan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Sarawak 2020. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Wan Nur Nadhirah W Mahmod. (2021). Kajian Tentang Cara Pengajaran Seni Khat Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Cherang Ruku Pasir Puteh Kelantan. Projek Tahun Akhir. Ijazah Sarjana Muda Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan.

Zahiri, M., Mat, A., & Husin, A. J. (2016). Teknik Memegang dan Menggerakan Pensil Khat Menggunakan Kaedah Carta Pai dalam Kalangan Murid-murid Tahun Enam di Sekolah Rendah. Jurnal of Islamic Studies in Indonesia and Southeast Asia, 1(2), 199–206.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.