UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Makalah ini menumpukan kepada penanaman padi di Kedah semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Objektif makalah ini untuk memperlihatkan penglibatan dan peranan pelbagai agensi pertanian dalam usaha meningkatkan kadar hasil pengeluaran padi di negeri Kedah sepanjang tempoh tersebut. Antaranya, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kualitatif yang memberikan penekanan ke atas analisis dokumen, pentafsiran dan penulisan sejarah. Sumber pertama diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah dan Perlis dan Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Manakala, majoriti sumber kedua adalah buku dan jurnal. Kajian ini mendapati bahawa pelbagai projek dilaksanakan oleh agensi pertanian untuk memajukan penanaman padi di Kedah berjaya mencapai matlamatnya. Antara projek tersebut adalah Projek Pengairan Muda II, Projek Sawah Berkelompok, Projek Separa Perladangan (PSP), Projek Sawah Secara Perladangan (PSSP) dan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Lembah Kedah (IADP). Usaha dan projek yang dilancarkan oleh agensi pertanian di Kedah membantu mempertingkatkan penanaman dan hasil pengeluaran padi di negeri berkenaan. Ia juga meningkatkan pendapatan para petani. Maklumat berhubung usaha dan kejayaan penanaman penting untuk diketengahkan semasa dunia mengalami krisis bekalan makanan seperti yang dilaporkan dalam Laporan Risiko Global Forum Ekonomi Dunia 2023. Pertanian bukan hanya untuk kestabilan ekonomi tetapi juga untuk kelangsungan kehidupan.
Kata Kunci: Agensi Pertanian, Dasar Ekonomi Baru, Kedah, Padi, Projek Pertanian |
References |
Ahmad Mahdzan Ayob. (1980). “Choice of technology in rice harvesting in the Muda Irrigation Scheme, Malaysia”. Disertasi Sarjana, University of Florida, Gainesville. Berita Harian, Januari 4, 1984. Berita Harian, Februari 24, 1984. Berita Harian, Februari 27, 1984. Berita Harian, April 5, 1984. Berita Harian, April 13, 1984. Berita Harian, April 16, 1984. Berita Harian, Mei 15, 1984. Berita Harian, Jun 14, 1984. Berita Harian, Ogos 5, 1984. Berita Harian, September 1, 1984. Berita Harian, September 4, 1984. Berita Harian, Oktober 14, 1984. Berita Harian, Disember 11, 1984. Berita Harian, Ogos 14, 1985. Berita Harian, Oktober 21, 1985. Berita Harian, Januari 8, 1986. Berita Harian, Januari 16, 1986. Berita Harian, Februari 15, 1986. Berita Harian, April 22, 1986. Berita Harian, September 4, 1986. Berita Harian, September 29, 1986. Berita Harian, November 27, 1987. Jabatan Pertanian Negeri Kedah. Laporan Tahunan. 1973. Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darulaman. 1992. Jamaludin Sulaiman, 2008. Isu dan cabaran pembangunan ekonomi Negeri Kedah Darul Aman”, M., Sukeri Khalid et al (eds) Kedah 100 Tahun 1900-2000, Isu-isu Politik & Sosioekonomi,. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Kedah, Rancangan Malaysia Kelima 1985-1990: Laporan bagi negeri Kedah Jilid 1, Kedah: Kewangan MARDI. 2017. Kirby, Riley H, 1970. The Agricultural situation in the Far East and Oceania: Review of 1969 and outlook for 1970. Washington, D.C.: U.S. Department of Agriculture, Economic Research Service. Laporan bagi negeri Kedah Jilid 1, Kedah: Yunit Perancangan Ekonomi. Laporan Tahunan & Penyata Darulaman”. 1992. Laporan Tahunan & Penyata Kewangan MARDI. 2017. Nik Hashim Nik Mustapha, 1996. Perancangan Pembangunan Pertanian di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ooi, Jin Bee, 1963. Land, People and Economy in Malaya. London: Longmans. Portal Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). “Latar Belakang Penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)”. 7 November 2020, di capai atas talian, http://www.mada.gov.my/?page_id=1611. Portal Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). “Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)”. 7 November 2020, di capai atas talian, http://www.mada.gov.my/?page_id=2941. Utusan Malaysia, Januari 16, 1984. Utusan Malaysia, April 4, 1984. Utusan Malaysia, Ogos 16, 1984. Utusan Malaysia, Januari 29, 1985. Utusan Malaysia, Mei 2, 1985. Utusan Malaysia, Julai 27, 1985. Utusan Malaysia, Ogos 28, 1985. Utusan Malaysia, Disember 8, 1986. Utusan Malaysia. 28 Disember 2022, di capai atas talian, https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/pulau-pinang-rekod-hasil-pengeluaran-padi-tertinggi-negara
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |