UPSI Digital Repository (UDRep)

Sejarah tingkatan empat dengan pendekatan Lesson Study reflektif

AVAILABLE Article 417 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information
Title
Sejarah tingkatan empat dengan pendekatan Lesson Study reflektif
Type
Article
Main Author
Santiya Parthippen
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2023
Degree Type
Not related
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan pelaksanaan Lesson Study Reflektif bagi subjek Sejarah di sebuah sekolah di Kuala Lumpur yang merangkumi proses merancang pengajaran, melaksanakan pembelajaran, dan refleksi berkumpulan. Ini termasuk juga butiran tentang mesyuarat sebelum dan selepas Lesson Study yang diadakan, perancangan serta pengimplementasian Open Class Research. Para guru yang terlibat ditemu bual untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap pendekatan pembelajaran yang dijalankan selama hampir empat bulan. Selain itu, kaedah pemerhatian juga dilakukan terhadap murid-murid yang terlibat dan proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) untuk mendapatkan maklumat. Tujuan pengaplikasian dan merekodkan Lesson Study Reflektif adalah untuk menyebarkan amalan kerjasama guru dari proses perancangan sehinggalah kepada penghasilan rekod bertulis yang dapat membantu mereka dan para pendidik yang lain untuk dijadikan sebagai sumber yang membantu pengajaran mereka. Di samping itu, laporan Lesson Study Reflektif ini juga dapat menjadi rangka kerja sokongan untuk menjalankan Lesson Study yang baharu dan juga kajian pendidikan yang lain. Hasil pelaksananaan pendekatan ini menunjukkan bahawa kolaborasi antara guru dalam melaksanakan Lesson Study Reflektif dapat membawa kepada pelbagai aktiviti pengajaran yang berbeza yang dapat meningkatkan pemahaman murid. Aktiviti yang dipilih sepanjang melaksanakan sembilan waktu PdPc dalam bab ini juga didapati bersesuaian dengan tahap kebolehan murid serta dapat membuatkan mereka menumpukan perhatian yang lebih dalam kelas. Refleksi berkumpulan yang dijalankan bersama-sama dengan guru pemerhati bagi Open Class Research membantu guru membincangkan masalah-masalah pembelajaran dengan adanya perkongsian maklumat dan cadangan. Penulisan ini diharap dapat membantu para guru, pihak pentadbir, ibu-bapa serta orang awam mendapatkan gambaran sebenar proses pembelajaran di dalam kelas dan membuka ruang bagi pemerkasaan pengajaran subjek sejarah di Malaysia. Katakunci: Lesson Study, Open Class Research, kolaborasi, pengajaran, pembelajaran

References

Austin, L. (2017). Leading the Introduction and Development of Lesson and Learning Study in an English Secondary Academy. International Journal for Lesson and Learning Studies 6 (1): 80–96. doi:10.1108/IJLLS-10-2016-0036.

Albario, M., Guzman, M., Eugenio, H. A., Mendoza, J. P. (2014). Lesson Study: Physics- Specific Heat Capasity.

Calleja, J. (2017). Lesson Study Report: Making mathematical connections. Msida, Malta.

Dudley, P. (2014) Lesson Study: A Handbook. Lesson Study: a handbook lessonstudy.co.uk diakses daripada https://lessonstudy.co.uk/wp-content/uploads/2012/03/new-handbook-revisedMay14.pdf

Dudley, P. (2011) Lesson Study: what it is, how and why it works and who is using it. Diakses daripada https://lessonstudy.co.uk/wp-content/uploads/2012/03/Lesson_Study_Handbook_-_011011-1.pdf

Hird, M., Larson, R., Okubo, Y., & Uchino, K. (2014). Lesson Study and Lesson Sharing: An Appealing Marriage. Creative Education, 5, 769-779.

Kishino, M. (2021). The Process and Organization of Long Span Reflective Lesson Study. Department of Professional Development of Teachers, Fukui: University of Fukui.

Lewis, C., & Tsuchida, I. (1997) Planned educational change in Japan: The Case of Elementary Science Instruction. Journal of Educational Policy, 12(5),313-331.

Moonsri, A., & Pattanajak, A. (2013) Lesson Planning in Primary School Using Lesson Study and Open Approach. Psychology, 4(12), 1064-1068.

Robers, M. (2010). Lesson Study: Professional Development and Its Impact on Science Teacher Self-Efficiency. Ph.D. Dissertation. New York: Colombia University.

Wolthuis, F., Veen, K. V., Vries, S. D., & Hubers, M. D. (2020). Between lethal dan local adaption: Lesson Study as an organizational routine. International Journal of Education Research. International Journal of Educational Research 100, Article 101534. https://doi.org/10.1016/j.ijer.2020.101534

 


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.