UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QD Chemistry
Main Author :Amira Shakila Razali
Title :Pencirian filem nipis kaliksarina didop dengan nanotiub karbon untuk pengesanan ion Cd2+
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan utama kajian ini adalah mengkaji kesan pengaruh pendopan nanotiub karbon (NTK) ke atas struktur dua jenis kaliks[8]arina dengan menggunakan kaedah salutan berputar. Sampel kaliks[8]arina + NTK dalam bentuk filem nipis disediakan melalui pencampuran kaliks[8]arina dengan NTK di mana kaliks[8]arina dilarutkan dalam kloroform terlebih dahulu dan memberi kepekatan 0.2 mg/ml. Pada permulaan kajian, sifat-sifat molekul kaliks[8]arina melalui penghasilan filem Langmuir telah dikaji dan dibincangkan dari segi tekanan permukaan-kawasan (Π-A) isoterma tanpa NTK. Seterusnya, filem nipis yang dihasilkan melalui kaliks[8]arina didopkan dengan NTK telah dianalisis dengan menggunakan mikroskop elektron pengimbas pancaran medan (FESEM), mikroskop elektron penghantar (STEM), spektroskopi Raman dan penduga empat titik dalam menentukan ciri-ciri arus-voltan dan kekonduksian sampel. Keupayaan permukaan (ΔV) juga turut dilakukan untuk menentukan keupayaan sampel dalam pengaliran elektron. Hasil kajian FESEM dan STEM menunjukkan kaliks[8]arina yang dikompositkan bersama NTK telah menambahkan diameter NTK dengan nilai 41.6 nm bagi kaliks[8]arina I dan 45.3 nm bagi kalik[8]arina II. Hasil dapatan daripada analisis Raman juga menunjukkan nisbah keamatan semakin meningkat dengan sampel yang telah dikompositkan iaitu 0.93 (kaliks[8]arina I) dan 1.01 (kaliks[8]arina II) bagi sampel yang dihasilkan pada nisbah 2:1. Seterusnya, dengan pertambahan nisbah pendopan NTK pada kaliks[8]arina ini, keupayaan permukaan (ΔV) juga semakin bertambah. Justeru, kekonduksian sampel nanokomposit turut bertambah dengan bacaan 3.0116x10-4 n- -1m-1 (kaliks[8]arina I) dan 9.3322x -1m-1 (kaliks[8]arina II) berbanding sampel tanpa NTK. Sampel nanokomposit kalik[8]sarina + NTK juga telah diuji keupayaannya dalam larutan ion Cd2+. Berdasarkan pengujian ini, pendopan NTK ke atas kaliks[8]arina telah meningkatkan kadar pengesanan ion Cd2+ di mana kaliks[8]arina yang dikompositkan bersama NTK telah membuka lebih besar kawasan kaviti yang mendorong lebih banyak ion Cd2+ dikesan. Kesimpulannya, pengesanan terhadap ion Cd2+ oleh sampel nanokomposit ini memberi hasil kajian yang baik dan implikasi daripada kajian ini memberi peluang yang cerah dalam pembangunan penderia yang berkebolehan mengesan pencemaran logam berat dalam air.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.