UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana unsur-unsur Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif (KBKK) wujud dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik tahun
satu hingga tahun lima di Sekolah Kebangsaan Senawang, Negeri Sembilan. Skop kajian ditumpukan
kepada adakah guru mengaplikasikan unsur-unsur KBKK dalam apa-apa langkah pengajaran dan
pembelajaran seperti dalam langkah pengenalan, penyampaian isi pengajaran, aktiviti dan langkah
penutup. Kajian juga meninjau adakah unsur KBKK seperti penerokaan dan penemuan, mereka cipta dan
mengimprovisasi diaplikasikan dalam bahagian aktiviti pengajaran.Hasil kajian mendapati bahawa
pengaplikasian KBKK adalah rendah dan hampir tiada langsung dalam pengaplikasian unsur penerokaan
dan penemuan, mereka cipta dan mengimprovisasi. Kesemua guru yang ditemu bual bersetuju
pengaplikasian KBKK boleh merangsang minat pelajar dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
bennakna namun mereka belum dapat melaksanakan pengajaran KBKK secara berkesan kerana tidak
menguasai KBKK ini sepenuhnya. Mereka sentiasa berharap agar pihak-pihak tertentu dapat
meningkatkan kursus-kursus KBKK ini kepada mereka. Kesimpulannya ketidakupayaan mengendalikan
pengajaran secara KBKK bukan atas faktor sikap negatif guru tetapi disebabkan mereka tidak mendapat
pendedahan yang sempurna mengenainya.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |