Peranan ibu bapa pelajar dalam konteks interaksi pendidikan bagi pengembangan potensi pelajar Pendidikan Seni Visual di SMK Seri Aman: satu kajian kes
Type
Thesis
Main Author
Zahidi Khamis
Subject
N Fine Arts
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan salah satu mata pelajaran yang ditawarkan di setiap sekolah
di Malaysia. Mata pelajaran ini menjadi semakin penting memandangkan keperluannya di dalam
bidang pekerjaan. Kajian ini dilakukan bagi melihat Peranan Thu Bapa Pelajar dalam Konteks
lnteraksi Pendidikan bagi Pengembangan Potensi Pelajar PSV di SMK Seri Aman. Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif ini dirasakan sesuai kerana menjawab persoalan
persoalan bagaimana, apakah dan mengapakah. Kaedah ini lebih bersifat memahami, menjelaskan dan
mendalami secara kemanusiaan. Kajian difokuskan kepada ibu bapa pelajar tingkatan empat yang
bersekolah di SMK Seri Aman, Kota Tinggi, Johor. lnforman diperoleh daripada 10 orang ibu bapa yang
dipilih secara rawak. Bagi mendapatkan maklumat, teknik pengumpulan data yang digunakan ialah temu
bual, pemerhatian, rakaman audio, rakaman visual dan dokumen. Kajian dilakukan dengan melihat
hiasan dalaman dan persekitaran, peruntukan masa dan kewangan, kelengkapan peralatan PSV dan
penglibatan masyarakat sekeliling. Hasil daripada kajian yang dibuat, didapati ibu bapa pelajar di
SMK Seri Aman ini memainkan peranan bagi memastikan perkembangan potensi anak mereka dalam mata
pelajaran PSV ini. Selain itu, pihak pengurusan dan masyarakat setempat juga berperanan dalam
membantu meningkatkan mata pelajaran PSV ini. Hasil kajian ini dijangka dapat membantu pihak
sekolah dan pentadbiran setempat dalam merancang pembangunan pendidikan khasnya bagi mata pelajaran PSV ini.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.