UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Muhammad Faisal Ahmad
Title :Teknik seni lakon Nazri dalam pengajaran: satu kajian kes di negeri Selangor
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Lumrah kehidupan manusia tidak dapat lari dari aktiviti yang berkaitan dengan unsur seni lakon. Pentas dunia acapkali disamakan sebagai pentas lakonan yang dipenuhi dengan pelbagai watak dan perwatakan dalam situasi yang berbeza-beza. Unsur-unsur seperti peniruan, pengulangan, penghayatan, aksi dan reaksi merupakan antara elemen yang terdapat dalam Teknik Seni Lakon Nazri. Pemilihan enam Teknik Seni Lakon Nazri adalah berteraskan kesesuaian pengaplikasiannya dalam konteks pengajaran. Enam teknik seni lakon yang dijadikan sebagai panduan adalah teknik muncul, teknik penyampaian dialog, teknik pengucapan improvisasi, teknik progres, teknik membina klimaks dan teknik masa. Penerapan teknik seni lakon ini bukan sahaja dapat dilihat menerusi pergaulan seharian malah lebih jelas dalam bidang kerjaya terutamanya bagi seorang guru. Oleh itu, kajian ini akan meninjau penggunaan Teknik Seni Lakon Nazri kepada guru dalam pengajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan sekitar negeri Selangor. Kajian ini akan mengenalpasti teknik asas seni lakon yang diterapkan dalam pengajaran. Selain itu kajian ini turut menganalisa teknik-teknik yang telah dikenalpasti dalam proses pengajaran tersebut. Objektif seterusnya adalah mengkaji tahap kesedaran guru-guru terhadap penggunaan teknik seni lakon dalam pengajaran mereka di samping melihat kesesuaian penerapan teknik seni lakon secara mendalam. Fokus kajian adalah terhadap pemilihan tiga buah sekolah sekitar negeri Selangor berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 serta menjadikan 30 orang guru sebagai responden. Kajian akan memperlihatkan cara penyampaian pengajaran yang dikendalikan oleh guru-guru tersebut. Berdasarkan kepada pemerhatian, temubual dan rujukan perpustakaan maka corak pengajaran gum-guru tersebut akan diselarikan dengan enam teknik seni lakon yang dipilih. Analisis kajian akan menunjukkan hasil dapatan terhadap tahap kesedaran dan kepenringan pengaplikasian Teknik Seni Lakon Nazri dalam proses pengajaran tersebut.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.