UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :NC Drawing Design Illustration
Main Author :Saiful Akram Che Cob
Title :Kajian proses pengembangan idea kreatif reka bentuk grafik melalui penggunaan perisian Adobe Illustrator di kalangan pelajar bukan berlatar belakangkan Pendidikan Seni Visual di Kolej Teknologi Cosmopoint
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2008
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana penerimaan, pengembangan idea  kreatif dan kemampuan menggunakan aplikasi perisian Adobe Illustrator dikalangan pelajar yang bukan  berlatar belakangkan Pendidikan Seni Visual. Kaedah kajian kualitatif s_ecara deskriptif telah digunakan untuk membuat analisis data. Daripada  analisis kajian ini, mendapati bahawa sebahagian besar responden dapat menerima  dengan  baik   penggunaan  perisian  Adobe Illustrator.  Responden  juga menganggap dengan menggunakan perisian  Adobe Illustrator, pengembangan idea kreatif mereka dapat dipertingkatkan lagi. Daripada analisis  yang telah dibuat juga mendapati responden mampu menggunakan perisian Adobe Illustrator. Pengumpulan data bagi kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, penggunaan set soal-selidik,  kaedah temubual, rakaman secara audio-visual, rakaman video dan dokumentasi. Disamping itu juga,  pengkaji merupakan instrumen yang utama. Kajian ini telah dijalankan terhadap 11 orang pelajar yang  tidak mempunyai latar belakang Pendidikan Seni Visual. Kajian dijalankan di Kolej Teknologi  Cosmopoint Cawangan Kuantan, Pahang. Secara keseluruhannya, daripada kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa pelajar yang tidak  mempunyai asas Pendidikan Seni Visual juga boleh menghasilkan reka bentuk grafik dengan kreatif.  Kualiti karya-karya yang telah dihasilkan oleh mereka juga setanding dengan pelajar yang telah  mempunyai asas Pendidikan Seni Visual.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.