Kajian proses pengembangan idea kreatif reka bentuk grafik melalui penggunaan perisian Adobe Illustrator di kalangan pelajar bukan berlatar belakangkan Pendidikan Seni Visual di Kolej Teknologi Cosmopoint
Kajian proses pengembangan idea kreatif reka bentuk grafik melalui penggunaan perisian Adobe Illustrator di kalangan pelajar bukan berlatar belakangkan Pendidikan Seni Visual di Kolej Teknologi Cosmopoint
Type
Thesis
Main Author
Saiful Akram Che Cob
Subject
NC Drawing Design Illustration
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2008
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana penerimaan, pengembangan idea
kreatif dan kemampuan menggunakan aplikasi perisian Adobe Illustrator dikalangan pelajar yang bukan
berlatar belakangkan Pendidikan Seni Visual.
Kaedah kajian kualitatif s_ecara deskriptif telah digunakan untuk membuat analisis data. Daripada
analisis kajian ini, mendapati bahawa sebahagian besar responden dapat menerima dengan baik
penggunaan perisian Adobe Illustrator. Responden juga menganggap dengan menggunakan perisian
Adobe Illustrator, pengembangan idea kreatif mereka dapat dipertingkatkan lagi. Daripada analisis
yang telah dibuat juga mendapati responden mampu menggunakan perisian Adobe Illustrator.
Pengumpulan data bagi kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, penggunaan set soal-selidik,
kaedah temubual, rakaman secara audio-visual, rakaman video dan dokumentasi. Disamping itu juga,
pengkaji merupakan instrumen yang utama. Kajian ini telah dijalankan terhadap 11 orang pelajar yang
tidak mempunyai latar belakang Pendidikan Seni Visual. Kajian dijalankan di Kolej Teknologi
Cosmopoint Cawangan Kuantan, Pahang.
Secara keseluruhannya, daripada kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa pelajar yang tidak
mempunyai asas Pendidikan Seni Visual juga boleh menghasilkan reka bentuk grafik dengan kreatif.
Kualiti karya-karya yang telah dihasilkan oleh mereka juga setanding dengan pelajar yang telah
mempunyai asas Pendidikan Seni Visual.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.