UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :N Fine Arts
Main Author :Che Aleha Ladin
Title :Perlaksanaan penilaian formatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual-satu kajian kes
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2007
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini dijalankan  bertujuan untuk mengetahui perlaksanaan penilaian formatif dalam pengajaran  dan pembelajaran Pendidikan Seni.  Fokus kajian adalah untuk mengetahui bagaimana penilaian  formatif dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran  pendidikan Seni Visual,  pengetahuan guru dalam menjalankan penilaian  formatif  dan  kesesuaian  perlaksanaan  penilaian   formatif  berdasarkan Kurikulum Pendidikan Seni Visual.  Kajian  mt   adalah  satu  kajian  kes   yang menggunakan  pendekatan  kualitatif bagi menjelaskan  permasalahan kajian secara menyeluruh.   Kaedah yang digunakan ialah kaedah temu bual, kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik, kajian  dokumen dan  rakaman audio visual. Sekolah yang dipilih adalah sebuah sekolah Cina iaitu Sekolah  Menengah Jenis Kebangsaan Pei Yuan, Kampar Perak yang terletak di Daerah Kinta Selatan Perak  melibatkan lima responden yang dipilih secara rawak terdiri daripada guru-guru yang mengajar  Pendidikan Seni Visual.  Dapatan kajian menunjukkan  perlaksanaan penilaian formatif dalam proses  pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni  melibatkan tiga domain utama iaitu kognitif, afektif  dan psikomotor  tetapi perlaksanaannya tidak menyeluruh. Kaedah penilaian yang tidak menyeluruh dan  tidak menepati metod penilaian yang sebenar menujukkan   pengetahuan  guru  dalam  melaksanakan   penilaian  formatif  masih membimbangkan dan perlu dipertingkatkan. Hasil kajian diharapkan dapat  memberi manfaat dan kesedaran kepada guru tentang pentingnya penilaian formatif dalam pengajaran  dan pembelajaran Pendidikan Seni diaplikasi dan dijalankan mengikut metod yang betul.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.