Perlaksanaan penilaian formatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual-satu kajian kes
Type
Thesis
Main Author
Che Aleha Ladin
Subject
N Fine Arts
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui perlaksanaan penilaian formatif dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni. Fokus kajian adalah untuk mengetahui bagaimana penilaian
formatif dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Seni Visual,
pengetahuan guru dalam menjalankan penilaian formatif dan kesesuaian perlaksanaan penilaian
formatif berdasarkan Kurikulum Pendidikan Seni Visual. Kajian mt adalah satu kajian kes
yang menggunakan pendekatan kualitatif bagi menjelaskan permasalahan kajian secara menyeluruh.
Kaedah yang digunakan ialah kaedah temu bual, kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik, kajian
dokumen dan rakaman audio visual. Sekolah yang dipilih adalah sebuah sekolah Cina iaitu Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan Pei Yuan, Kampar Perak yang terletak di Daerah Kinta Selatan Perak
melibatkan lima responden yang dipilih secara rawak terdiri daripada guru-guru yang mengajar
Pendidikan Seni Visual. Dapatan kajian menunjukkan perlaksanaan penilaian formatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni melibatkan tiga domain utama iaitu kognitif, afektif
dan psikomotor tetapi perlaksanaannya tidak menyeluruh. Kaedah penilaian yang tidak menyeluruh dan
tidak menepati metod penilaian yang sebenar menujukkan pengetahuan guru dalam melaksanakan
penilaian formatif masih membimbangkan dan perlu dipertingkatkan. Hasil kajian diharapkan dapat
memberi manfaat dan kesedaran kepada guru tentang pentingnya penilaian formatif dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni diaplikasi dan dijalankan mengikut metod yang betul.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.