UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan token ekonomi, peneguhan dan peraturan terhadap perubahan tingkah laku disruptif dalam kalangan kanak-kanak

AVAILABLE Thesis 3507 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan token ekonomi, peneguhan dan peraturan terhadap perubahan tingkah laku disruptif dalam kalangan kanak-kanak
Type
Thesis
Main Author
Syarinah Mad Sehat
Subject
HF Commerce
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan program intervensi menggunakan token ekonomi, peneguhan dan peraturan bagi mengurangkan masalah tingkah laku disruptif dalam kalangan kanak-kanak prasekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk kajian kuasi-eksperimen digunakan bagi melihat keberkesanan program dalam perbandingan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Reka bentuk Pembalikan ABA digunakan untuk memungut data bagi enam jenis masalah tingkah laku disruptif dengan menggunakan borang pemerhatian. Reka bentuk Pembalikan ABA adalah analisis perubahan tingkah laku ke atas program intervensi yang bermula dari pungutan data sebelum intervensi (A), semasa intervensi (B) dan selepas intervensi dihentikan (A). Seramai 48 orang kanak-kanak yang berumur 6 tahun daripada sebuah prasekolah swasta yang terletak di daerah Seri Kembangan, Selangor telah dipilih sebagai sampel dan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu 24 orang setiap kumpulan. Perbezaan Min penggunaan token dan peraturan dianalisis menggunakan ujian ANOVA sehala untuk pengukuran berulang dan perbandingan perbezaan Min antara kumpulan dianalisis menggunakan ujian SPANOVA untuk pengukuran berulang. Hasil kajian menunjukkan bahawa kekerapan berlaku masalah tingkah laku disruptif dalam aktiviti membaca adalah yang paling tinggi iaitu 171, aktiviti sains 139 kekerapan dan aktiviti matematik 134 kekerapan. Ini menyebabkan keputusan dapatan kajian terhadap pengurangan masalah tingkah laku disruptif dalam aktiviti membaca (p>.05), aktiviti sains (p>.05) dan aktiviti matematik (p>.05) adalah tidak signifikan. Selain itu, keputusan kajian bagi masalah tingkah laku disruptif dalam ketiga-tiga aktiviti menunjukkan terdapat perbezaan Min yang signifikan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Penggunaan token ekonomi dan peraturan memberikan kesan yang positif kepada perubahan tingkah laku disruptif pada peringkat intervensi dan strategi ini sesuai digunakan sebagai alternatif kepada strategi hukuman dalam konteks membimbing tingkah laku sekiranya digunakan secara berterusan. Kajian harus dilakukan dengan lebih komprehensif untuk memastikan dapatan lebih signifikan dan konsisten. Kata kunci: token ekonomi, peraturan, perubahan tingkah laku, tingkah laku disruptif.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.