UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk memberi gambaran jelas tentang ekspresi seni melalui
pengalaman di kalangan para peserta Kem Seni Remaja Sonneratia yang berlangsung di Taman Alam,
Kuala Selangor pada tahun 2002. Kajian ini mengkaji bagaimana pengalaman peribadi di Taman Alam
dijadikan sumber idea utama para peserta di dalam kem dan bagaimana sumber idea yang diperolehi itu
diekpsresikan di dalam karya seni mereka. Selain itu, kajian ini juga mengkaji nilai-nilai yang
wujud di Kem Seni Remaja Sonneratia. Untuk mendapat maklumat yang lebih tepat, penyelidik
menggunakan pendekatan trangulasi di mana penggabungan maklumat primer daripada temubual, dokumen
dan juga naratif dengan maklumat sekunder seperti buku dan artikel dari jurnal digabungjalinkan
untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang kajian yang dijalankan. Responden kajian ini
datangnya dari peserta-peserta kem yang berasal dari Pahang atau belajar / bekerja di IPTA / IPTS
di Pahang. Mereka ini melalui proses ditemubual dan juga diberikan soalan naratif. Daripada
data-data yang diperoleh itu tadi, ia akan diperbandingkan dengan koleksi data dokumen dan data
visual untuk dikesahankan data yang diperolehi. Daripada data-data maklumat yang diperolehi,
penyelidik membuat perbincangan dan rumusan tentang ekspresi seni melalui pengalaman. Daripada
rumusan tersebut, penyelidik membentangkan implikasi kajian terhadap pembangunan pendidikan seni
visual di Malaysia.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |