UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pelaksanaan di kalangan guru dan persepsi pelajar terhadap
salah satu bidang dalam Pendidikan Seni Visual iaitu Apresiasi Seni. Kajian tentang pelaksanaan
Apresiasi Seni di kalangan guru menjurus kepada pengetahuan guru dalam Apresiasi Seni dan
pelaksanaannya di dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. Kajian di lakukan juga
tentang persepsi pelajar terhadap Apresiasi Seni sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
Kajian kes ini dilakukan di Sekolah Menengah Mahmud, Raub, Pahang yang melibatkan 50 orang pelajar
yang mengambil Pendidikan Seni Visual sebagai mata pelajaran elektif dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia dan 3 orang guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual. Kajian ini dilakukan
dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Setiap data telah dikumpulkan melalui pemerhatian, temu
bual dan soal selidik terhadap guru dan pelajar.
Analisis kajian mendapati sesi Apresiasi Seni dijalankan oleh guru dan penglibatan pelajar dalam
mengapresiasi sesebuah karya seni adalah 66% pelajar seringkali terlibat dalam sesi tersebut
manakala selebihnya kadang-kadang ataupun tidak pemah melibatkan diri. Seterusnya langkah-langkah
serta kajian lanjutan dicadangkan bagi mengatasi kelemahan pelajar dalam Apresiasi Seni.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |