UPSI Digital Repository (UDRep)

Kualiti pensyarah efektif terhadap pencapaian akademik pelajar di Politeknik Kuching Sarawak

AVAILABLE Thesis 711 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Kualiti pensyarah efektif terhadap pencapaian akademik pelajar di Politeknik Kuching Sarawak
Type
Thesis
Main Author
Ling, Ying Leh
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2009
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Sektor pendidikan di Malaysia kini mengalami transformasi secara besar-besaran sejak Malaysia  mencapai kemerdekaan dengan melahirkan golongan intelek dan guna tenaga yang memenuhi keperluan  dalam pelbagai bidang. Sejajar dengan penubuhan politeknik yang semakin banyak, maka isu terhadap  pensyarah efektif adalah satu keperluan penting untuk melahirkan golongan intelek dan guna tenaga  yang boleh bersaing dalam  dunia  pekerjaan.  Pensyarah  yang  mengajar di  politeknik  harus  mempunyai kelayakan dari aspek kriteria standard pensyarah yang ditetapkan untuk memenuhi misi dan  visi institusi. Memandangkan standard-standard yang ditetapkan bagi  institusi-institusi adalah   berbeza sama ada di dalam  atau di  luar negara, persoalannya apakah standard yang betul-betul  dapat menjamin kualiti pengajaran pensyarah di politeknik terhadap kepentingan pelajar dalam  pencapaiannya sama ada dalam  kurikulum,  kokurikulum  ataupun  perkembangan  potensi  pelajar dari  segi intelek, emosi, jasmani, dan rohani. Sejauh manakah dan apakah kriteria-kriteria standard yang  ditetapkan dapat mempengaruhi pencapaian akademik para pelajar? Oleh demikian, kajian ini  dijalankan dengan objektif untuk menilai kriteria standard yang diamalkan oleh seseorang pensyarah  dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar di  Politeknik  Kuching Sarawak. Kriteria  standard  yang dikaji meninjau pensyarah daripada aspek kualiti peribadi, kemahiran profesional  mengajar dan berkomunikasi, kualiti pengajaran dan kemahiran penyeliaan, penasihatan dan mentoring  terhadap pencapaian akademik pelajar. Sebanyak 234 orang responden di kalangan pelajar program  diploma semester 5 dan pelajar program sijil semester 4 telah dipilih melalui kaedah persampelan  rawak berlapis untuk menjawab soal selidik yang disediakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pada  aras keertian 0.05, tidak terdapat  perbezaan  yang signifikan  dari segi  persepsi  pelajar   mengikut  jantina terhadap kriteria standard  pensyarah. Selain  itu, kajian juga menunjukkan   tidak terdapat  perbezaan  yang signifikan  dari segi  persepsi  pelajar  mengikut  bangsa terhadap  semua  kriteria  standard  pensyarah.  Kajian  telah  mendapati  terdapat hubungan positif antara  semua kriteria standard pensyarah dengan gred pencapaian pelajar.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.