UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesedaran tentang isu buli dalam kalangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

AVAILABLE Thesis 3020 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesedaran tentang isu buli dalam kalangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
Type
Thesis
Main Author
Rahimah Roslan
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, kesedaran, dan kesediaan berhadapan isu buli, serta pandangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mengenai langkah-langkah berkesan menangani masalah buli yang berlaku di sekolah. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kualitatif. Dapatan mengenai kesedaran buli diperolehi melalui temu bual dan disokong oleh data senarai semak. Seramai 10 orang GSTT yang mengikuti Program Diploma Pendidikan ambilan 2012/2013 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipilih sebagai responden, manakala 50 orang GSTT sebagai responden senarai semak. Hasil kajian menunjukkan bahawa GSTT sememangnya sedar akan masalah buli yang berlaku di sekolah, namun pengetahuan tentang buli yang tidak mendalam menyebabkan mereka tidak yakin untuk berhadapan dengan masalah ini. Oleh itu mereka menyerahkan sepenuhnya tanggung jawab berhadapan dengan masalah buli kepada guru disiplin, guru kaunseling, dan pengetua sekolah. Hasil kajian juga mendapati GSTT mempunyai kesediaan untuk bekerjasama membanteras masalah buli di sekolah. Namun perlu diadakan program tertentu seperti ceramah, motivasi, dan kursus bagi menangani buli demi meningkatkan keyakinan dan kemahiran mereka berhadapan dengan masalah buli. Rumusannya kesedaran mengenai tingkah laku buli dalam kalangan GSTT perlu ditingkatkan kerana pengetahuan yang kurang menyebabkan GSTT tidak bersedia untuk berhadapan sendiri dengan masalah buli yang berlaku di sekolah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.