UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Norsida Ibrahim
Title :Keberkesanan kos: kajian bagi empat subjek di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Kapar, Klang,Selangor Darul Ehsan
Hits :13
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2004
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengira keberkesanan kos bagi empat subjek iaitu Bahasa Melayu, Sejarah,  Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di sebuah sekolah menengah di Daerah  Klang,  Selangor  Darul  Ehsan. Kajian  ini  memerlukan  kos  bahan  dan keberkesanan dikira  terlebih dahulu secara  berasingan sebelum dapat menentukan keberkesanan kos  intervensi yang dikaji. Kos bahan yang  terdiri daripada personel, kemudahan, peralatan dan bahan serta input lain akan dikira dengan  menggunakan kaedah kos bahan manakala keberkesanan intervensi mata pelajaran kajian pula akan  diukur dengan tiga  ukuran pencapaian iaitu peratus kelulusan, gred purata mata pelajaran dan  indeks pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2003. Untuk mengira keberkesanan kos, skala  pengukuran yang digunakan ialah skala  nisbah. Hasil kajian menunjuk.kan intervensi  yang  paling  kos efektif  ialah  intervensi  Pendidikan  Islam, diikuti  oleh intervensi Bahasa Melayu,  Pendidikan Moral dan Sejarah. Disamping itu, dapatan kajian juga menunjukkan keberkesanan  berasaskan indeks pencapaian  memberi keputusan kajian yang lebih tepat berbanding lain-lain   ukuran keberkesanan  yang digunakan. Seterusnya kajian mencadangkan agar ditubuhkan  satu jawatan  kuasa khas untuk memantau amalan-amalan keberkesanan kos di sekolah bagi memastikan peningkatan  pelajar dapat diperbaiki dari masa ke semasa walaupun peruntukan sumber yang diterima adalah  terhad. Selain itu pengurusan sumber data hendaklah dikemaskini secara lebih sistematik.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.