Keberkesanan kos: kajian bagi empat subjek di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Kapar, Klang,Selangor Darul Ehsan
Type
Thesis
Main Author
Norsida Ibrahim
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2004
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengira keberkesanan kos bagi empat subjek iaitu Bahasa Melayu, Sejarah,
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di sebuah sekolah menengah di Daerah Klang, Selangor Darul
Ehsan. Kajian ini memerlukan kos bahan dan keberkesanan dikira terlebih dahulu secara
berasingan sebelum dapat menentukan keberkesanan kos intervensi yang dikaji. Kos bahan yang
terdiri daripada personel, kemudahan, peralatan dan bahan serta input lain akan dikira dengan
menggunakan kaedah kos bahan manakala keberkesanan intervensi mata pelajaran kajian pula akan
diukur dengan tiga ukuran pencapaian iaitu peratus kelulusan, gred purata mata pelajaran dan
indeks pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2003. Untuk mengira keberkesanan kos, skala
pengukuran yang digunakan ialah skala nisbah. Hasil kajian menunjuk.kan intervensi yang paling
kos efektif ialah intervensi Pendidikan Islam, diikuti oleh intervensi Bahasa Melayu,
Pendidikan Moral dan Sejarah. Disamping itu, dapatan kajian juga menunjukkan keberkesanan
berasaskan indeks pencapaian memberi keputusan kajian yang lebih tepat berbanding lain-lain
ukuran keberkesanan yang digunakan. Seterusnya kajian mencadangkan agar ditubuhkan satu jawatan
kuasa khas untuk memantau amalan-amalan keberkesanan kos di sekolah bagi memastikan peningkatan
pelajar dapat diperbaiki dari masa ke semasa walaupun peruntukan sumber yang diterima adalah
terhad. Selain itu pengurusan sumber data hendaklah dikemaskini secara lebih sistematik.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.