UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Penulisan artikel ini membincangkan peranan kepemimpinan dalam organisasi dikaitkan dengan ciri-ciri keterampilan seseorang individu dalam memimpin organisasi yang bersifat kesukarelaan. Kejayaan organisasi bukan sahaja ditentukan ahli dalam organisasi yang dipimpinnya, namun gaya dan bagaimana pemimpin itu menguruskan organisasi adalah hal penting menentukan kejayaan organisasi. Kekukuhan bidang kesusasteraan dikaitkan dengan sejauh mana sifat kesukarelaan penting dalam berorganisasi. Penulisan ini mengaitkan gaya kepemimpinan seorang pemimpin yang efektif dalam mengendalikan organisasi kesusasteraan. Objektif kajian bertujuan memperlihatkan kepentingan kepemimpinan dalam mencorak hala tuju sesebuah organisasi kesusasteraan serta ciri-ciri kepemimpinan yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin organisasi sukarela kesusasteraan. Kajian dilakukan secara menganalisis teks dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Data-data dianalisis berdasarkan ciri-ciri pemimpin yang digariskan oleh kalangan sarjana Barat dan tempatan tentang gaya kepemimpinan dan sifat-sifat yang perlu dimiliki seorang pemimpin dengan menggunakan Teori Pertukaran Pemimpin-Pengikut. Teori ini mementingkan pemimpin membina hubungan istimewa dengan pengikut. Pemimpin perlu mempunyai ciri hubungan istimewa dalam mengurus sebuah organisasi kesusasteraan kerana organisasi ditadbir secara sukarela bersama pengikut-pengikutnya. Kajian ini mendapati bahawa sifat kesukarelaan melalui hubungan istimewa perlu ada pada diri seseorang pemimpin organisasi kesusasteraan dan kebahasaan kerana sumbangan tenaga dan masa tidak berpaksikan imbuhan atau ganjaran tetap. Pemimpin menjadi tonggak harapan supaya organisasi menjadi mantap dan jangka hayatnya lama. |
References |
1. Abdullah Hassan & Zainal Abidin Borhan. (2016). Kami bantah DLP. Kuala Lumpur: GAPENA & Persatuan Penterjemah Malaysia. 2. Abdul Ghani Abdullah, et. al (2008). Gaya-gaya kepimpinan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing. Sdn Bhd. 3. A. Hasjmy. (1986). Sasterawan sebagai khalifah Allah. (dalam. Sastera dan Agama, selenggaraan Ismail Hussein). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Gordon., Thomas. (1955). Group Centered Leadership. New York: Houghton Miffin. pg. 2. 5. Hasan Ahmad. (1988). Bahasa Sastera Buku. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.ansc.purdue.edu/courses/communicationskills/leaderqualities.pdf. 6. John C. Maxwell. (1995). Mengembangkan kepemimpinan di dalam diri anda. (terjemahan Anton Adiwiyoto). Jakarta: Binarupa Aksara. 7. Mahathir Mohamad. (2005).Bahasa sastera dan tamadun Melayu: Ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad 1982-2002. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 8. Mat Nayan Saad. (2006). Manusia dalam hidup dan perjuangan. Jitra: Penerbitan Manhaj. 9. Robbins, S.P., Millet, B., & Walter-Marsh, T. (2004). Organisational behaviour (4th ed. Australia: Pearson Education Australia). 10. Sejarah Penubuhan Pena. Diperolehi pada 10 Mac 2013 daripada http://penaklmalaysia.blogspot.com/2009/11/sejarah -penubuhan-pena.html. 11. Timothy A. Judge et. al (2002). Personality and leadership: A qualitative and quantitative review. Journal of Applied Psychology by the American Psychological Association, Inc. 2002, Vol. 87, No. 4, 765–780. 12. Yukl, G. (1998). Leadership in organizations. Upper Saddle River, NJ: Prentice-Halld Personality. American Psychologist, 49, pg. 493-504. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |