UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan dalam meningkatkan kualiti karangan pelajar menengah atas: satu tinjauan

AVAILABLE Thesis 475 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan dalam meningkatkan kualiti karangan pelajar menengah atas: satu tinjauan
Type
Thesis
Main Author
Noorhayati Mushroom
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2010
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan dalam  meningkatkan   kualiti  karangan  pelajar  menengah  atas.   Kajian  ini menggunakan kaedah soal selidik.  Seramai  233 orang pelajar dari salah sebuah sekolah di Daerah Larut Matang dan Selama dipilih sebagai  responden. Empat orang guru juga dipilih bagi mengisi borang data. Pemboleh ubah bebas dalam kajian  ini ialah ciri-ciri demografi, iaitu  jantina, gred, masalah pelajar,  latihan penulisan, aktiviti  pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran penulisan  karangan. Pemboleh ubah bersandar ialah keberkesanan pengajaran  dan  pembelajaran  penulisan   karangan  dalam  meningkatkan  kualiti karangan pelajar.  Kajian ini bertujuan melihat  masalah-masalah pelajar  dalam pembelajaran  penulisan  karangan,  teknik  pengajaran  yang   berkesan  dalam meningkatkan kualiti karangan pelajar dan hubungan antara kekerapan latihan dengan  pencapaian pelajar serta hubungan antara teknik pengajaran yang digunakan oleh guru dengan  pencapaian pelajar.  Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian komputer melalui program  SPSS version 11.0. Seterusnya, data dianalisis mengikut min, sisihan piawai, pangkatan, frekuensi,  peratus dan Kolerasi Pearson.  Oapatan­ dapatan  utama  menunjukkan  masalah  utama  pelajar   dalarn  pembelajaran  dan pengajaran penulisan karangan adalah dari segi huraian isi karangan.   Dapatan juga menunjukkan bahawa teknik perbincangan berkumpulan dapat membantu pelajar dalarn  pembelajaran dan pengajaran penulisan karangan.  Seterusnya, dapatan juga menunjukkan bahawa  terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan latihan dan penggunaan teknik pengajaran dengan  pencapaian pelajar.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.