| 
               
              UPSI Digital Repository (UDRep)               
              
             | 
            
               | 
          
                        
  | 
                    
                        
  | 
                    ||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun | 
| Kepesatan teknologi, komunikasi dan maklumat telah menjadi satu evolusi di dalam dunia pendidikan. 
Teknologi maklumat yang menyediakan satu persekitaran dan pelbagai fungsi telah mempengaruhi corak 
pengajaran dan pembelajaran. Bidang pendidikan muzik juga tidak terlepas daripada kemajuan 
teknologi pengkomputeran. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik 
dengan menggunakan perisian yang sesuai dilihat sebagai satu kaedah ke arah meningkatkan mutu  
pengajaran  dengan  lebih  berkesan.  Pembangunan  produk  pengajaran  dan pembelajaran alatan 
muzik Dikir Barat ini juga dihasilkan bagi memenuhi langkah ke arah  kemajuan  teknologi  dalam  
bidang  muzik tradisional  tempatan.  Projek  ini merupakan pembangunan perisian pembelajaran 
permainan alatan muzik Dikir Barat untuk guru ataupun pelajar yang boleh diakses secara 
pembelajaran kendiri menerusi komputer.
  | 
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.  |