Pendekatan model bayesian berhierarki untuk perbandingan prestasi pelajar Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Noor Azrin Abdul Razak
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2004
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian yang dijalankan ini adalah mengenai analisis terhadap prestasi pelajar di Fakulti Sains dan
Teknologi (FST) yang diukur melalui keputusan purata nilai gred kumulatif (PNGK). Kajian ini
meliputi keseluruhan 1088 pelajar yang mengikuti pelbagai program yang ditawarkan oleh lima buah
pusat pengajian di FST. Kajian ini tertumpu kepada perbandingan keputusan PNGK pelajar bagi setiap
program dan pusat pengajian di fakulti ini serta memeringkatkan prestasi pelajar mengikut program
dan pusat pengajian. Dua pendekatan model bayesian berhierarki digunakan iaitu model bayesian
berhierarki dengan andaian satu program tidak bersandar dengan program yang lain, begitu juga
dengan pusat pengajian. Seterusnya diandaikan persandaran wujud di kalangan program dan pusat
pengajian. Menerusi pendekatan model bayesian berhierarki yang pertama, basil kajian mendapati
program Sains Aktuari adalah lebih cemerlang berbanding program-program lain yang terdapat di
FST. Manakala, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan (PPSK) pula merupakan pusat
pengajian yang mempunyai min posterior keputusan PNGK pelajar yang tertinggi berbanding empat
pusat pengajian lain yang terdapat di FST. Seterusnya, menerusi pendekatan model bayesian
berhierarki yang kedua pula, keputusan yang didapati menunjukkan terdapat perbezaan yang beerti
bagi nilai anggaran min posterior dan varians, dimana nilai bagi anggaran min posterior dan vari
ans adalah lebih kecil berbanding pendekatan model bayesian berhierarki yang pertama. Manakala,
selang kebarangkalian bayesian juga menunjukkan bahawa pendekatan model bayesian berhierarki yang
kedua memberikan selang yang lebih kecil dan stabil berbanding pendekatan model bayesian
berhierarki yang pertama.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.