UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Nurul Fazlina Md. Rodi
Additional Authors :Mariyati Mohd Nor
Title :Analisis kelemahan penggunaan retorik penerangan dalam karangan bahasa Melayu murid tingkatan empat di SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka
Hits :18
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Retorik merupakan satu subbidang linguistik yang digunakan dalam sebuah penulisan untuk menampilkan penulisan yang menggunakan bahasa yang berseni, indah dan berkesan. Penggunaan retorik juga dapat menekankan penggunaan aspek kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa yang lebih baik dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Selain itu, pemilihan penulisan karangan adalah bersesuaian sebagai salah satu instrumen utama dalam kajian untuk membuktikan keberkesanan penggunaan retorik dalam penulisan karangan murid. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis penggunaan retorik penerangan dalam karangan Bahasa Melayu murid tingkatan empat di SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka. Oleh hal yang demikian, terdapat tiga objektif utama kajian ini dilakukan iaitu mengenal pasti tahap kefahaman pelajar mengenai konsep retorik penerangan dalam karangan Bahasa Melayu, menganalisis penggunaan retorik penerangan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid tingkatan empat di SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka dan menghuraikan keberkesanan pengajaran teknik retorik penerangan dalam karangan murid tingkatan empat di SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka. Hasil dapatan kajian dihuraikan secara kuantitatif dengan menggunakan karangan pelajar dan juga soal selidik serta disokong dengan dapatan kualitatif melalui temubual. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan retorik penerangan berdasarkan sebab dan akibat paling kerap digunakan pelajar dalam penulisan karangan sebanyak 27 kekerapan bersamaan 36%. Hal ini demikian kerana, penggunaan retorik penerangan ini dapat membantu pelajar melakukan pertautan dan kesinambungan idea yang tepat agar penulisan karangan menjadi lebih menarik dan bermaklumat. Kata kunci: Kelemahan, penerangan, retorik, karangan, bahasa Melayu

References

Asrul Azuan Mat Dehan, & Nor Azuwan Yaakob. (2015). Teknik retorik dalam novel Salina karya A. Samad Said. Language Education and Applied Linguistics, 2, 49-59. https://doi.org/mhnc 

Asrul Azuan Mat Dehan, Nor Azuwan Yaakob, & Nik Fazrul Azri Nik Azis. (2017). Penerapan retorik gaya skema dalam pengkaryaan novel Salina. Journal of Business and Social Development, 5(1), 60-78. 

Awang Sariyan. (2006, Januari). Retorik sebagai alat berbahasa. Pelita Bahasa, 18(1) 

Corbett, E.P. J., & Connors, R. J. (1999). Classical rhetoric for the modern student (4th ed.). Oxford University Press. 

Departemen Pendidikan dan Kebudayaan. (1989). Teknik retorik penerangan menyajikan sebuah kejadian yang disusun berdasarkan waktu. In Kamus Besar Bahasa Indonesia.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Retrieved February 23, 2024, from https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bukti 

Keraf, G. (2007). Diksi dan gaya bahasa (New ed.). Gramedia Pustaka Utama. 

Lanham, R. A. (1991). A handlist of rhetorical terms. The Regents of the University of California. 

Grice, H. P., & Morgan, J. L. (1975). Logic and conversation. In P. Cole (Ed.), Syntax and semantics: Vol. 3 (pp. 41-58). New York: Academic Press. 

Phelan, J. (1996). Narrative as Rhetoric: Technique, audiences, ethics, ideology. The Ohio State University Press. 

Sobariah Baharum. (2008). Retorik dalam novel-novel Abdullah Hussain [Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia]. Universiti Putra Malaysia Institutional Repository. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4799 

Zamimah Osman, & Nuraini Yusoff. (2019). Retorik penulisan ilmiah: Penilaian berdasarkan prinsip kerjasama Grice. Language Education and Applied Linguistics, 9(1), 69-83. https:/

 

 

 

 

 

 

 

 

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.