UPSI Digital Repository (UDRep)

Kecerdasan vokasional dari persepsi pelajar Sekolah Menengah Teknik: satu kajian kes di negeri Perak

AVAILABLE Thesis 1955 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kecerdasan vokasional dari persepsi pelajar Sekolah Menengah Teknik: satu kajian kes di negeri Perak
Type
Thesis
Main Author
Wahyudi
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kecerdasan vokasional dari persepsi pelajar Sekolah Menengah Teknik di Negeri Perak. Kajian ini direkabentuk untuk mengkaji hubungan dan perbezaan kecerdasan vokasional berdasarkan faktor-faktor demografi. Sebanyak 306 responden dipilih secara rawak daripada empat buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Perak. Penyelidikan ini menggunakan rekabentuk kajian kes. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik dan protokol temu bual untuk mengumpul data kajian. Soal selidik tersebut mengandungi 56 item dan diedarkan kepada pelajar tingkatan lima yang dipilih secara rawak. Kajian ini juga menggunakan dua jenis statistik iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Kerangka konseptual telah dibina berdasarkan teori Gardner dan Holland mengandungi enam domain kecerdasan vokasional iaitu kecerdasan visual, kecerdasan kinestetik, kecenderungan artistik, kecenderungan realistik, kecekapan artistik, dan kecekapan realistik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa domain kecerdasan visual mempunyai skor min yang paling tinggi (m = 3.76) diikuti oleh kecerdasan kinestetik (m = 3.70) serta kecenderungan artistik (m = 3.55). Statistik inferensi seperti Ujian t, ujian–F (ANOVA) dan ujian kolerasi digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan atau hubungan yang signifikan ke atas 11 hipotesis nol pada aras signifikan 0.05. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan mengenai kecerdasan vokasional berdasarkan faktor demografi kecuali tahap pendidikan ibu bapa responden. Hasil analisis kolerasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat di antara kecenderungan realistik dengan kecekapan realistik serta kecenderungan artistik dengan kecekapan artistik. Dapatan kualitatif menyokong dapatan kuantitatif walaupun susunan domain kecerdasan vokasional agak sedikit berbeza. Kesimpulan daripada item terbuka menunjukkan bahawa kecerdasan vokasional yang paling dominan dari perspektif responden adalah kecerdasan realistik diikuti oleh kecerdasan artistik dan visual. Dapatan temu bual pula menunjukkan responden lebih cenderung kepada kecerdasan realistik. Implikasi kajian ini adalah pihak sekolah perlu peka terhadap kecerdasan vokasional pelajar supaya kursus yang sesuai dapat ditawarkan dan seterusnya laluan kerjaya pelajar dapat dirancang dengan lebih sistematik.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.