UPSI Digital Repository (UDRep)

Peluasan makna kata nafi bukan dan tidak: analisis korpus bahasa

AVAILABLE Article 1130 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Peluasan makna kata nafi bukan dan tidak: analisis korpus bahasa
Type
Article
Main Author
Abu Bakar Sidiq Nasroniazam,
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
ISSN
1823-6812
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of publication
2016

Abstract

Peluasan makna yang terdapat pada kata nafi bukan dan tidak menjadi paksi utama dalam kajian ini. Peluasan makna dilakukan adalah untuk menunjukkan bahawa kajian-kajian sebelum ini berkaitan kata nafi bukan dan tidak lebih mementingkan kepada saranan tatabahasa sahaja. Namun, kajian rintis lain boleh diaplikasi menggunakan kata nafi bukan dan tidak melalui ilmu semantik. Makna merupakan aspek yang penting dalam memberi maksud kepada sesuatu ayat. Saranan rintis kajian dimotivasikan oleh ilmu semantik kognitif dijadikan sebagai pedoman. Kata nafi ini diperluaskan maknanya dengan hasil lakaran yang dibentuk dalam dua bentuk makna, iaitu makna terasa dan makna pinggiran. Makna teras merupakan makna tunjang dalam kata nafi bukan dan tidak. Manakala makna pinnggiran dalam kata nafi pula makna yang dirujuk di dalam kamus dewan. Setelah data dianalisis kategori jaringan radial diwujudkan untuk menunjukkan makna teras dan makna pinggiran yang wujud pada kata nafi. Data korpus dipilih untuk melihat peluasan makana dengan lebih jelas. Pemilihan kata nafi ini dilakukan dengan pemilihan bilangan token yang sesuai untuk dikaji. Data korpus digunakan adalah untuk membuktikan bahawa peluasan makna wujud dengan pembuktian yang lengkap terhadap kata nafi bukan dan tidak.

References

1. Asmah Haji Omar. (1986). Nahu Melayu muktahir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Darwis Harahap Mohamad. (1989). Struktur sintaksis ayat selapis dalam bahasa Malaysia: Satu analsis generatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Imran Ho Abdullah. (2005). Linguistik kognitif dalam pemerian nahu praktis frasa sendi (kata sendi nama+kata nama arah) di atas/atas dan di bawah/bawah: Satu analisis korpus. Seminar Sehari Linguistik, (SKALI 2005). Universiti Kebangsaan Malaysia. 4. Maslida Yusof. (2006). Representasi semantik preposisi dalam kata kerja bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, Jil. 17. 5. Maslida Yusof. (2006). Struktur leksikal dalam sintaksis dan semantik: Kajian terhadap kata kerja dan preposisi bahasa Melayu. Tesis PHD. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 6. Nik Safiah Karim et.al. (2004). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd. 7. Nor Hashimah Jalaluddin. (2005). Gabungan kata ganda dan kata bilangan dalam bahasa Melayu: Analisis semantik dan pragmatik. Jurnal Bahasa. Jilid 5 Bil. 3, hal 30-52. 8. Nor Hashimah Jalaluddin. (2005). Kata majmuk dalam perkamusan: Satu analisis semantik dan pragmatic. Jurnal Bahasa Jil 5, Bil 4, 173-200. 9. Nor Hashimah Jalaluddin. (2006). Kata ganti nama „ia‟ dan „ianya‟ dalam korpus Melayu: Kajian rangka rujuk silang, dalam Zaharani Ahmad. Nahu Praktis Bahasa Melayu. Bangi: Penerbit UKM. 10. Nor Hashimah Jalaluddin. (2006). Gandingan kata ganda dan bilangan bahasa Melayu: Satu kajian makna, dalam Zaharani Ahmad. Nahu Praktis Bahasa Melayu. Bangi: Penerbit UKM. 11. Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Kata ganda penuh: Satu analisis semantik dan pragmatik, dlm Nor Hashimah et.al. Linguistik: Teori dan aplikasi. Bangi: Penerbit UKM. 12. Nurul Huda Mohd Saad. (2006). Perbandingan peluasan makna pasangan sinonim 'cantik-jelita': Analisis semantik kognitif. 13. Rozaimah Rashidin. (2005). Peluasan makna pasangan antonim besar-kecil: Analisis semantik kognitif. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. 14. Rozaimah Rashidin. (2009). Skema imej dan pemetaforaan Fikiran. Latihan llmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. 15. Rusmadi Baharuddin, Nor Hashimah Jalaluddin, Imran Ho. (2013). Sumbangan framenet kepada leksikografi korpus: Kajian kes penyelisikan makna kata kerja melihat. GEMA Online™ Journal of Language Studies, Volume 13(1), February 2013: 61-75.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.