PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2004
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini memperkatakan dan menganalisis corak penggunaan ayat perintah dalam surat pekeliling.
Secara khususnya, kajian ini meneliti penggunaan ayat perintah dalam pelbagai kaedah dan
peranannya untuk membantu pihak kementerian, jabatan dan sekolah melaksanakan sebarang tindakan
berkaitan dengan peraturan tertentu serta memudahkan pihak berkenaan menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Analisis dilakukan terhadap 28 surat pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan 2003. Kajian menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan
dan penganalisisan data. Daripada 176 ayat perintah yang dianalisis, didapati 71 (40.3%) kata
perintah menggunakan ungkapan 'hendaklah'. Analisis dalam bentuk kaedah pula mendapati kaedah
permintaan paling tinggi kekerapan dan peratusannya. Ini bermakna ayat perintah yang digunakan
dalam surat pekeliling menggunakan bahasa yang lembut dan halus, sekalipun ia merupakan satu
perintah. Dalam Bab 1 aspek yang diperkatakan meliputi pemyataan masalah, tujuan kajian,
kepentingan kajian, kaedah kajian, batasan kajian, pengertian konsep, dan kesimpulan. Bab 2
memperlihatkan kajian terdahulu pengkaji tempatan dan pengkaji luar negara, seterusnya memaparkan
kajian yang dilakukan oleh pengkaji sendiri. Bab 3 memaparkan tentang metodologi, iaitu kaedah
kajian, pengumpulan data, dan penganalisjsan data. Bab 4 melaporkan dapatan yang diperolehi,
manakala Bab 5 meriyimpulkan keseluruhan kajian di samping memberi saranan untuk kajian seterusnya.
Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat membantu pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam penulisan surat rasmi terutamanya guru, pentadbir sekolah, pegawai jabatan dan
kementerian memahami jenis dan bentuk kata perintah supaya pengurusan pendidikan lebih berkesan dan
mantap.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.