UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Abdul Rahman Hamid
Title :Ayat perintah dalam surat pekeliling
Hits :16
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2004
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini memperkatakan dan menganalisis corak penggunaan ayat perintah dalam surat pekeliling.  Secara khususnya, kajian ini  meneliti penggunaan ayat perintah dalam pelbagai kaedah dan  peranannya untuk membantu pihak kementerian, jabatan  dan sekolah melaksanakan  sebarang tindakan   berkaitan dengan peraturan tertentu serta memudahkan pihak berkenaan menyelesaikan masalah yang  dihadapi. Analisis dilakukan terhadap 28 surat pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia dan  Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan 2003. Kajian menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan  dan penganalisisan data. Daripada 176 ayat perintah yang dianalisis, didapati 71 (40.3%) kata  perintah menggunakan  ungkapan  'hendaklah'. Analisis dalam bentuk kaedah pula mendapati kaedah  permintaan paling tinggi kekerapan dan peratusannya. Ini bermakna ayat perintah yang digunakan  dalam surat pekeliling menggunakan bahasa yang lembut dan halus, sekalipun ia merupakan satu  perintah. Dalam Bab 1 aspek yang diperkatakan meliputi pemyataan masalah, tujuan kajian,  kepentingan kajian, kaedah kajian, batasan kajian, pengertian konsep, dan kesimpulan. Bab 2   memperlihatkan kajian terdahulu pengkaji  tempatan dan pengkaji luar negara, seterusnya memaparkan   kajian yang dilakukan oleh pengkaji sendiri. Bab 3 memaparkan tentang metodologi, iaitu kaedah  kajian, pengumpulan data, dan penganalisjsan data. Bab 4 melaporkan dapatan yang diperolehi,  manakala Bab 5 meriyimpulkan keseluruhan kajian di samping memberi saranan untuk kajian seterusnya.  Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat membantu pihak yang terlibat secara langsung atau tidak  langsung dalam penulisan surat rasmi terutamanya guru, pentadbir sekolah, pegawai jabatan dan  kementerian memahami jenis dan bentuk kata perintah supaya pengurusan pendidikan lebih berkesan dan  mantap.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.